RSS
Container Icon

WARISAN SENI JOHOR..



Tarian zapin merupakan persembahan berbentuk muzikal tari yang menterjemahkan nilai-nilai sejarah, kesenian dan adat yang diamalkan masyarakat Melayu sejak dulu seperti berzanji, memotong jambul, berkhatan, nikah kahwin dan sebagainya.Ia juga merupakan suntikan elemen yang mempunyai unsur-unsur energetik terhadap muzik dan tariannya mengikut peredaran semasa tanpa mengabaikan keaslian zapin itu sendiri.


Tarian zapin amat terkenal di negeri Johor dan merupakan warisan turun-temurun di situ, diikuti dari negeri-negeri lain yang turut mengikut langkah mereka untuk mengangkat kebudayaan dan kesenian masing-masing.


Warisan negeri Johor yang terkenal dengan tarian zapin ini telah banyak menghimpunkan versi-versi zapin antaranya ialah zapin Putar Alam, zapin Pekajang, zapin Tenggelu, zapin Lenga Batu 28, zapin Sri Bunian, zapin Padang Sari, zapin Sarawak dan zapin Terengganu.


Jenis-jenis zapin inilah yang diangkat oleh kerajaan Johor dengan setiap kajian menyeluruh dijalankan agar penonton kelak tidak menerima sebarang kesalahan fakta dan maklumat. Manakala lagu-lagu yang pernah dibawakan bersama tarian zapin ini seperti lagu yang bertajuk Dodoi Anak, Mentera Semerah Padi, Awal Bismillah dan lain-lain.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

moonflygz berkata...

seni,, memartabatkan budaya asli masyarakat melayu...

Catat Ulasan