RSS
Container Icon

Sudah agak lama aku tidak menjenguk laman ini... tidak ada perkara yang menarik untuk ku ceritakan... apa yang pasti ku merindui.. merindui cinta hakiki,, segala kesusahan dan kepayahanku termakbul jua... semoga dipermudahkan segala urusan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata-kata yang lemah lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu tetapi kata-kata yang keras dapat mengeraskan hati yang lebih lembut daripada sutera

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup ini umpama tarikan nafas keluar masuk sahaja tapi dalam tarikan nafas keluar masuk itulah tercetuslah pelbagai cerita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CUACA

Dulu saya suka cuaca cerah tapi saya dapati hari-hari yang kita lalui tidak sentiasa cerah seperti yang saya inginkan. Tapi perlukah saya terus membenci hari hujan, ribut, mendung? Dari situ saya belajar supaya suka dengan apa yang saya miliki. Saya masih sukakan hari yang cerah, tapi saya juga sukakan hari hujan, ribut, mendung dan berangin. Semua punya keindahan dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebenarnya, kesusahan dan kegembiraan seseorang itu bergantung kepada cara kita mengatasi sesuatu bukan kerana sifat sesuatu itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CIKGU... AKU PENCINTAMU



2006

Aku melewati batas-batas waktu yang berlalu dengan menghabiskan masa di tepi pantai ini. Pantai yang menyimpan seribu kisah duka. Kenapa harus aku kembali lagi ke sini andai tempat ini hanya mampu membuatkan luka aku bertambah parah? Argh..perasaan..sukarnya ditafsir. Kenangan lalu menggamit aku kemari. Dan rindu itu datang lagi..walaupun puas ku usir dan ku halau berulangkali.

****************************************************************************************************


1999

“Apa nak jadilah dengan awak Ain..tak serik-serik..” bebelannya langsung aku tak ambil peduli. Makin dia marah, makin ensem pulak. Teringat mula-mula pertemuan aku dengan dia. Di pondok bas buruk depan sekolah tu la. Kalau tak kerana bas rosak..jenuh la aku tak tau masih wujud lagi insan gagah, berkarisma, bijak, elegan dan seangkatan dengan maksud yang sama macam jejaka di depan aku ni. Sanggup berasak-asak dalam hujan untuk melindung aku yang tengah demam dan selesema dari pecikan air hujan. Romantiknya..kuch kuch hota hai.

“Awak dengar tak apa saya cakap ni?” herdikannya mematikan lamunan dan bayangan aku. Aku tunduk.

“Saya dengar cikgu…” kataku lemah. Buat-buat muka kesian.

“Jangan la bergaduh lagi. Awak tak malu ke di cop pelajar bermasalah sekolah ni? Awak tu perempuan. Jangan jadik samseng kat sekolah ni.” ayatnya mula kendur. Dah mula dah..lepas ni pasti berbakul2 nasihat di berikan. Dalam pada itu, dia sibuk membelek-belek lebam dan luka di muka dan tanganku. Tau pun risau. Dia sorang jer yang ambil berat pada aku. Sibuk masuk campur hal aku di sekolah. Nak harap cikgu lain, makin di halaunya aku dari sekolah ni adalah. Bukan nak faham situasi sebenar.

“Bukan saya suka-suka nak gaduh cikgu, kalau saya tak lawan..jatuhla reputasi saya. Diaorang yang mulakan dulu..takkan saya nak biar jer member saya kena buli. Anak melayu pantang di cabar..” aku menjawab. Betul la tu aku cakap…sape nak gaduh tanpa sebab?? Ye tak??

“Awak dah besar… tahun ni nak ambil SPM. Jadi la matang sikit. Bergaduh bukan jalan penyelesaian, awak sepatutnya tunjukkan contoh yang elok pada pelajar-pelajar junior..bla bla bla..” aku tak dengar lagi ayat-ayat seterusnya. Kerana yang pasti.. ape yg aku bayangkan didepan aku sekarang adalah seorang supermodel yang kacak, sedang tersenyum dan memegang erat jari jemari ku. Ah cikgu..kalaula cikgu tau hati saya…

****************************************************************************************************

“Awal kau datang hari ni? Selalu time macam ni masih melepak kat kantin lagi” tegur Azam, rakan sekelasku yang dulu konon-kononnya jejaka idaman kalbu aku. Tapi itu dulu, sebelum aku tau mamat ni kaki kikis dan kaki berbulu..

“Saje..” jawabku ringkas. Buat acuh tak acuh padanya.

“Kau makin lain Ain..tak macam dulu. Kau suka menyendiri sekarang. Dgn aku pun kau buat-buat tak nampak..” Azam mula datang dekat pada aku. Saja duduk di sebelah aku dan mula merapatkan badannya minta diberi perhatian. Eiii...miang betul la!!

”Engkau ni ape hal..rimas rimas!! Pegi jauh-jauh. Aku tgh study ni” aku menolak kuat badannya. Ingat bau wangi dia tu buat aku tergoda la tuh, boleh jalan.

“i miss u Ain. The old you..”katanya lantas berlalu ke tempat duduknya. Eleh...takat ayat tiru dalam skrip gol and gincu..aku tak heranla. Dasar kasanova..buaya tembaga..buaya darat..buaya karat. Pegi lantaklah.

Dari jauh aku nampak kelibat jejaka idamanku. Ini baru betul jejaka idaman..lenggok gaya dan senyuman tak pernah lekang dari bibir. Yang tadi tu jejaka jahanam adalah. Alahai...nasib baik aku belum habis sekolah, kalau tidak..dah lama aku rembat jadikan laki.

”Selamat pagi cikgu..!!” ucap pelajar-pelajar kepadanya. Cikgu Ibrahim mengajar seperti biasa.

Dia sempat melirik kearahku..dahinya berkerut. Aku senyum, mesti dia pelik sebab tak sangka aku tak lagi masuk lewat atau ponteng seperti biasa. Walaupun tahun baru dah lama berlalu, tapi kini aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh, takkan bergaduh lagi..takkan ponteng kelas lagi..takkan merokok lagi..takkan melawan kata cikgu lagi...takkan dan takkan..semuanya kerana cikgu Ibrahim. Tunggulah cikgu..saya akan buktikan yang saya tak seteruk yang cikgu sangkakan.

****************************************************************************************************

Aku tak nafikan aku memang dah banyak berubah. Bukan aku perasan atau syok sendiri dengan perubahan aku ni. Tapi mak juga rasa perubahan aku. Tak lagi keluar merewang lepas balik sekolah. Tak lagi ajak kawan-kawan aku melepak di depan rumah. Bergelak-ketawa bertepuk bertampar macam dulu. Sampai jiran-jiran pun dah naik jelik dengan karenah aku. Ayah..dah naik lenguh mulut dia asek membebel..sudahnya dia hanya mendiamkan diri. Asalkan aku tak liar dan keluar jauh dari pandagan mata dia, itu sudah cukup. Kini, abis saja waktu sekolah, aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Baca buku..ulangkaji pelajaran. Kawan-kawan ajak lepak pun aku halau balik. Ni cikgu Ibrahim punya pasal la ni..sebab dia aku jadi macam ni. Pendek kata dah jadi perempuan melayu tersopan. Alahai cikgu..

’Hah..baca buku ke berangan..!!” Opocot !! terkejut aku. Mak bertempik dari pintu. Kus semangat...

”Mak ni... terkejut arr..” aku mengurut-ngurut dada. Mak hanya menggeleng.

Cikgu... apa dah jadi dgn aku ni. Semua benda yang aku nampak..serupa dengan cikgu Ibrahim. Sampai muka aku sendiri dalam cermin pun, nampak macam cikgu Ibrahim. Gila bayangkah aku?. Mak..anak mak dah mabuk kepayang..

****************************************************************************************************

”Awak jangan salah faham dengan apa yang saya lakukan selama ini Ain. Saya cikgu awak..dan saya perlu ambil berat pada awak. Awak anak murid saya.. saya tak sangka lain yang awak fikir.. ambik balik apa yang awak bagi saya ni..saya tak boleh terima” dia menolak dan memulangkan semula hadiah pemberian aku. Gilakah aku? Benar-benar gilakah aku? Aku buat salahkah??

”Saya hargai jasa dan pengorbanan cikgu dalam mendidik dan membuka mata saya kejalan yg betul. Tapi sebagai manusia..saya tak boleh lari dari perasaan saya cikgu. Memang saya tahu ianya melampau..tapi fahamla cikgu.. saya sayangkan cikgu..” kataku jujur dan ikhlas. Betul..mmg aku benar-benar suka pada dia. Walaupun nampak macam gadis miang, tapi itu memang betul lahir dari hati aku. Bukan saja-saja nak goda anak teruna orang.

”... awak masih mentah Ain. Awak tak tau apa yang awak cakap. Awak sendiri masih terumbang-ambing dengan hala tuju hidup awak. Awak perlu jadi manusia yang berjaya baru awak boleh fikir perkara-perkara ni semua. Awak terlalu banyak menonton filem cinta barangkali” dia tersenyum dan melarikan pandangan matanya. Ada sesuatu yang cuba di sembunyikan. Argh..cikgu. Setulus dan seluhur hatimu aku tahu kau juga menyimpan perasaan yang sama.

”Kalau bukan kerana filem cikgu...kita juga akan merasainya di dunia nyata. Betul tak? Kenapa cikgu selalu lalu di depan kelas saya walaupun pada masu tu cikgu tak mengajar apa-apa subjek sekalipun. Kenapa cikgu minta ganti untuk mengajar subjek sains kelas kami sedangkan cikgu tahu guru yang mengajar memang ada. Kenapa cikgu pilih saya untuk jadi pengerusi persatuan Kebudayaan sedangkn cikgu tau saya dah terlibat dalam persatuan lain? Sebab cikgu rindukan saya kan? Dan kenapa cikgu keluarkan nama Azam dalam senarai kursus komputer untuk kelas kami dan masukkan dia ke kelas lain? Cikgu cemburu kan?” aku menyoalnya bertubi-tubi. Mataku tak beralih dari merenung tepat wajahnya. Apa dia ingat aku ni budak-budak tadika lagi ke? Tak tau apa itu cinta? Merah padam mukanya menahan geram barangkali. Kalau dia selalu perhatikan tindak tanduk aku, kenapa aku tidak? Terer kan aku?

”Awak...awak salah faham. Awak tak sepatutnya berkata begitu pada saya .Saya cikgu awak..” dia masih lagi ingin berselindung. Kura-kura dalam perahu..purak-purak tak tahu pulak.

”Antara anak murid dgn cikgu..tiada batas perasaan cikgu. Tuhan kurniakan perasaan cinta pada setiap hambanya. Cuma tak spesifik cinta itu untuk siapa kepada siapa. Cikgu kejam andai cikgu nafikan fitrah yang di kurnikan..”kulemparkan kata-kataku itu tajam ke arahnya. Biar dia rasa, aku pun tahu bersastera jugak. Walaupun aku ni berperwatakkan kasar,tapi hati aku pun sentimentel juga. Aku tau juga rasa sakit bila di kecewakan.

”Awak tau perumpamaan langit dengan bumi? Jauh panggang dari api? Macam tu juga kita Ain. Sedarlah...awak dah terlalu jauh berkhayal. Cuma satu yang saya pinta, awak belajarlah bersunggu-sungguh. Mungkin saya tak mampu halang apa yang awak rasa, tapi buktikan dulu yang perasaan awak tak menguasai nafsu dan pemikiran awak. Tuhan kurnikan kita akal untuk berfikir dengan betul, bukan membabi buta. Awak balik, awak fikirkan..dan awak akan dapat jawapannya..” pandangan redupnya dilemparkan jauh ke tengah laut. Apa la ada kat laut tu, lebih elok dia tengok muka aku ni.

”Saya tak berkhayal dan saya berfikir memang ikut fikiran yang waras. Saya tak kisah apa pun cikgu nak fikir, cikgu nak kata saya tak tau malu ke..saya masih mentah ke..saya bertindak membabi buta ke..tapi yang pasti, perasaan saya cikgu tak boleh perlekehkan. Bukan la satu dosa untuk saya mencintai dan menyukai cikgu sendiri. Saya memang sayang cikgu. Cikgu... habis exam SPM ni, saya nak hantar rombongan meminang cikgu!!” kataku tegas. Memang macam gila bunyiknya, tapi aku cuma nak tunjukkan pada dia yang aku tak pernah bermain-main dengan perasaan aku. Ini bukan drama tv atau sinetron indonesia..bukan juga cobaan. Tapi betul-betul.

”Nur Ain Khalilah..!! ” panjang namaku di sebut. Tegas saja bunyinya. Marah la tuh. ”...budak-budak sekarang memang terlalu berani”. Dia merenung tajam kearahku. Tak takut pon.

”Makin lama saya layan awak..makin gila saya di buatnya.. suka hati awak la nak buat apa pun. Saya pergi dulu..” dia pantas berlalu meninggalkan aku terkontang-kanting di tepi pantai ini.

Aku yang mengajaknya kesini dengan alasan ingin memulangkan sesuatu. Tapi sebenarnya ingin melepaskan rindu yang terbuku dihati dek terpisah kerana cuti semester yang baru bermula. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa ke muka. Rasa sejuk menyelimut diri aku. Pergilah cikgu..pergi sejauh mana yang cikgu nak. Tapi yang pasti, selangkah cikgu pergi..seribu langkah saya akan pantas berlari mengejar. Setinggi mana cikgu pergi, setinggi itu juga saya akan daki, dan walau sedalam mana cikgu bersembunyi akan saya selami juga. Sejak bila la aku jadi jiwang ni.. berfalsafah pula. Sudahnya aku menghabiskan masa hingga kepetang melayan perasaan gila aku ni. Ain!!gilakah kau??!!

****************************************************************************************************

Sejak itu, dia sering mengelak untuk bersua muka dengan aku. Hodoh sangatkah muka aku ni sampai kalau terserempak pun, langsung tak dipandangnya wajah aku yang ala-ala pan asian ni. Teruk sangatkah kesilapan yang aku buat sehinggakan aku menegur pun dia tak ambil peduli, buat-buat tak dengar. Dan dia langsung tak mengajar di kelas aku lagi. Waktu ko-kurikurun pun dia tak ada. Sampai macam tu sekali dia benci aku. Aduhai cikgu, gerangan apakah yang mengubah kau sedemikian rupa? Kerana kesilapan dan kesalahan aku berkata-katakah? Andai benar lah aku tersilap dan tersalah kata, tak adakah ke sekelumit maaf yang kau beri? Bukankah maaf itu sifat terpuji.

Hari ini adalah hari terakhir aku menduduki peperiksaan. Dengan tabah aku menghadapinya walaupun hati aku sakit dek perbuatan cikgu Ibrahim.Sampai hati dia. Dah masuk 3 minggu dia tak tegur dan tak pandang aku. Mengikut dalam islam, kalau 3 hari tak bertegus sapa pun dah berdosa. Inikan pula 3 minggu. Berganda-ganda kali dosa.Ye tak?

Aku memberanikan diri berjumpanya di bilik guru. Lantak la..nak kata aku muka tembok ke..muka dinding ke..katalah. Aku tak kisah.

”Cikgu.. saya tahu cikgu masih marah pada saya. Walau apa pun, saya takkan tarik balik apa yang saya katakan dulu. Terima kasih kerana menjadi cikgu saya. Lepas ni boleh jadik suami saya pulak...” kataku memulakan perbualan. Dia masih tekun menulis dimejanya. Dia berpaling dan menyeringai kearahku. Tumbuh tanduk dan taring di wajahnya. Hah!!!Aku menggosok2 mata.

”Awak nak apa...” lamunanku terhenti. Oh..aku berkhayal rupanya..

”Cikgu..saya tau kedatangan saya tak menyenangkan cikgu. Mungkin cikgu masih terasa dengan kata-kata saya dulu. Walau apa pun, saya takkan tarik balik apa yang saya katakan dulu. Terima kasih kerana menjadi cikgu yang baik pada saya. Saya terhutang budi. Doakan kejayaan saya ya. Dan saya takkan ganggu cikgu lagi lepas ni. Izinkan saya simpan kenangan saya dengan cikgu di hati dan memori saya. Dan tak salah andai saya pahat nama cikgu dalam hati saya. Assalamualaikum...” aku terus berlalu. Sengaja aku tinggalkan hadiah pemberian aku yang tak diterimanya dulu di atas meja. Kali ni dia tak menolak. Aku terus berjalan laju. Terasa ada air mata hendak menitik pon ya. Tapi aku tahan agar tidak gugur. Jaga reputasi beb. Lagipun sape la aku. Aku ni bumi..dia tu langit.. macam yang pernah dia katakan tu.

****************************************************************************************************

Aku diterima masuk di salah sebuah universiti luar negara tajaan JPA. Gembiranya hati bukan kepalang. Semuanya berkat kesungguhan aku untuk berubah dan rajin belajar..juga berkat didikan cikgu Ib.. ah.. malas aku nak ingat nama tu. Orang tak ingat kita, buat apa aku nak ingat dia. Ingat katak puru dekat belakang rumah aku lagi bagus.

”Dah kemas semua barang-barang yang nak di bawa tu Ain? Jangan esok baru kalut nak cari itu la..inila..baju sejuk, selimut... kasut semua dah ada ke” bebelan mak dari luar bilik membuatkan aku tersentak. Mak ni..aku yang nak pegi ke..dia yang nak pegi. Macam la aku nak duduk menetap terus kat sana.

”Dah...” jawabku dari dalam. Kalau tak jawab kang..makin bising la dibuatnya.
Aku akan meninggalkan bilik kesayangan aku ni. Bilik yang menyaksikan aku bersengkang mata mengulangkaji pelajaran sampaila aku berjaya diterima masuk ke universiti. Selamat tinggal bilik, kita akan berjumpa lagi. Aku pasti akan merinduimu. Aku membelek album-album lama yang tersimpan rapi dia almari. Satu persatu aku selak.. keriangan waktu belajar menggamit memori. Azam,lili,Yani, Daud dan ramai lagi member sekelas. Rindunya pada mereka.. tiba-tiba jatuh sekeping gambar di hujung kaki aku. Aku mencapainya... cikgu Ibrahim... Aku tersenyum. Kenangan aku dengan cikgu Ibrahim semasa menjayakan Hari Kebudayaan di sekolah. Cutenya... kalau tak mengenangkan dia cikgu aku, dah lama aku guna-gunakan dia dan ajak dia kahwin. Hahaha...gila!! ku selit gambar tersebut kedalam beg pakaian. Simpan sebagai pengubat rindu.

”Ni..ada kawan ko kirim kat mak tadi. Nah..ambik..” mak menghulur satu bungkusan padaku. Mak ni..terpacul jer kepala dia, buat aku terkejut.

”Sape bagi mak... ” tanyaku hairan. Pertanyaan aku tak berjawab, mak dah hilang entah ke mana. Ish..mak aku ni. Aku membuka rakus bungkusan tersebut. Sebatang pen bersalut emas tersimpan kemas di dalam kotaknya. Ada nota kecil terselit di celah kotak pen tadi.

Ain...
Kalau cinta milik kita..pasti kita akan dipertemukan lagi degan izin Allah.Pastikan awk jadi orang..bukan jadi samseng atau minah rewang . Gud Luck! – Cikgu Ibrahim

Cikguu!!!..

****************************************************************************************************

2006

Aku menjejakkan lagi kaki ke sini. Kini aku menjadi penghuni tetap pantai yang sunyi dari hiruk pikuk pelancong yang datang. Mungkin bukan musim cuti, sebab tu pantai ni kurang pengunjungnya.

Hari hampir malam, aku bergerak pulang ke rumah yang jaraknya tak jauh dari pantai ini. Entah apa lagi yang aku harapkan di sini. Sebuah penantian yang sia-sia. Apa aku masih mengharap pada dia lagi kah? Aduhai hati.. terlalu setia kau menanti seseorang yang belum pasti wujudkah kau di mata dia.

”Ain... hei..Ain kan?” tetiba satu suara mengejutkan aku. Sape pulak mamat ni. Macam kenal.

”Azam? Kau Azam kan..kekasih lama..” tanyaku ingin kepastian. Dia mengangguk. Aku tertawa gelihati.

”Tak sangka jumpa kau kat sini Ain..amboi..makin bertambah-tambah anggun kau ye. Pegawai Eksekutif la katakan..” Azam berseloroh. Aku hanya tersenyum.

”Eksekutif apa nya..eksekuli jer..” balasku bersahaja.

”Bila kau balik sini Ain. Senyap-senyap jer.. tak bawak balik mat salleh ke?” dia mengusik. Amboi-amboi..

”Mat salleh banyak..tapi aku tak berkenan. Baik aku carik mat-mat malay kat sini..kau kan ada” giliranku mengusik. Azam ketawa.

”Kau tak berubah Ain. Jemput la datang rumah aku malam ni. Kenduri potong jambul anak aku yang sulung..” Azam tersipu-sipu. Dah jadi bapak rupanya.

”Oooo...ada orang tu dah jadik bapa yer... tengok la. insyaAllah aku datang.” selepas berborak untuk berapa ketika, kami membawa haluan masing-masing. Banyak rupanya perubahan kat kampung ni. Yang kawin dah ada anak..yang bujang ada yang baru nak kahwin. Aku?..masih menanti.

****************************************************************************************************

”mengikut maklumat sekolah, selepas 3 tahun mengajar di sekolah ni, cikgu Ibrahim minta ditukarkan untuk mengajar ke sekolah lain. Saya kurang pasti pula dimana sebab saya kerani baru kat sekolah ni. Kalau cik nak maklumat lanjut, cik boleh rujuk pada kerani yang jaga maklumat bekas guru-guru sekolah ni. Tapi cik kena tunggula dalam 1 bulan lagi, sekarang ni dia cuti bersalin..” keterangan panjang lebar yang di berikan oleh kerani tersebut cukup membuatkan aku bertambah-tambah hampa. Cikgu Ibrahim dah pindah. Tapi dimana? Sampai hati dia tak tunggu aku.

”Tak pe la kak..terima kasih.” perlahan-lahan aku meninggalkan pejabat sekolah tempat di mana aku belajar 7 tahun lalu.

” Masuk kali ni, dah 3 kali cik tanya tentang orang yang sama, cik ada kena mengena dengan dia ke??” soalan yang sempat di ajukan sebelum aku berlalu membuatkan aku tergamam. Err..er..

”Eh tak... err..anu err dia tu..dia kenalan saya jer..terima kasih kak.. ” jawabku terus pantas berlalu. Bimbang di tanya yang bukan-bukan lagi.

Terpaksa aku menebalkan muka semata-mata untuk tahu di mana cikgu Ibrahim sekarang. Tapi hampa. Dia hilang tanpa kabar berita. Aku menyusuri lorong-lorong bangunan sekolah tersebut. Sekolah ni juga dah banyak berubah. Tiada lagi dinding-dinding yang berconteng, dimana akulah salah seorang penyumbang nya yang rancak menconteng dinding bangunan sekolah setiap kali didenda oleh guru. Bukan di tandas sahaja, malah di mana ada ruang kosong untuk di tulis, pasti akan aku penuhkan dengan ayat-ayat yang ntah apa-apa. Aku tersenyum sendiri. Sekolah ni sunyi sepi memandangkan sekarang adalah waktu cuti semester bermula.

****************************************************************************************************

Aku menuju ke sebatang pokok yang terletak berhampiran dengan perhentian bas. Aku mencari-cari sesuatu di situ. Apakah masih ada lagi nama yang ku ukir di batang pokok tersebut. Ain was here!!

”Cuba cikgu ukir nama cikgu kat situ.. saje abadikan sebagai tanda cikgu pernah mengajar di sini. Mana tau kot-kot satu hari nanti cikgu pindah..” pintaku pada cikgu Ibrahim tatakala kami dan pelajar-pelajar lain sedang sibuk membuat gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Padahal apa yang bermain di fikiran aku adalah untuk mengukir nama aku di bawah namanya nanti. Tapi niat tak elok memang selalu tak kesampaian.

”Ishh..nak buat apa. Kesian pokok tu... elok-elok cantik kulit dia. Abis tertoreh nanti..” balasnya lantas meneruskan kerja-kerja pembersihan. Aku menahan sabar. Tak makan dek tipu muslihat la dia ni.

Tapi senyap-senyap aku mengukir nama aku di dahan pokok tersebut. Ain was here!! Bukti aku adalah pelajar nakal di sekolah itu.

Bayang-bayang kenangan tersebut terus hilang sebaik saja aku sampai di bawah pohon rendang itu. Aku mencari-cari tulisan yang aku ukir hampir 7 tahun dulu. Di mana ya. Puas aku mengelilinginya, tapi masih belum jumpa. Tiba-tiba aku terpandang satu tulisan yang betul-betul buat darah aku berderau. Aku amati betul-betul tulisan tu dan mata aku hala tepat kearahnya. Betul ke apa yang aku nampak ni?.

Ibrahim & Ain was here!! Forever.

Aku membacanya berulang kali. Betul kah atau sekadar imaginasi aku jer. Sejak bila perkataan Ibrahim dan forever tu wujud?!! Aku makin bingung. Setahu aku, cuma ukiran nama aku je di situ. Siapa yang tambah perkataan Ibrahim dan forever tu??. Ada sesiapa nak main-mainkan aku ke?? Aku meraba-raba lagi tulisan yang tertera di pokok tu. Ya Allah..maknanya memang aku tak bertepuk sebelah tangan.

“Tak bosan ker dari tadi asyik tengok pokok tu aje?” tiba-tiba satu suara menyapa aku dari perhentian bas yang berhampiran. Aku masih bingung dan tidak menghiraukan suara tersebut.

“ Untungnya pokok tu..ada jugak orang yang nak pandang..” sambung suara tu lagi. Ish..sibuk betul la. Aku berpaling. Sebaik saja perhatian di halakan, mataku langsung tak bergerak dari memandang wajah yang sedang duduk di perhentian bas itu. Tiba-tiba ada irama Hindustan bermain-main di telingaku..

“Cik..cikgu..??” ujarku tergagap-gagap. Rasa macam ada chewing gum melekat pada kerongkong aku kala ini. Aku nampak dia tersenyum dengan lawanya di situ. Kening di angkat. Ceh..

”Kenal lagi awak dgn saya rupanya..” dia bangun dan perlahan-lahan jalan menuju ke arahku. Dan aku... tak payah nak cakaplah..bagai ada gam yang melekat kat kaki aku hingga tidak boleh bergerak walau seincipun. Aku bermimpikah??

”Saya yang ukir nama saya tu bersebelahan nama awak..itu yang awak nak dulu kan??” soalnya sambil mengenyit mata. Aik... dah tak selindung-selindung dah.

”Apa cikgu buat kat sini? Cikgu kan dah pindah..cikgu.. ” tiba-tiba lancar saja mulutku menyoal itu ini. Untuk menghilangkan gugup dan gementar di hati.

”Awak halau saya ya?... bukan ke awak carik saya tadi? Awak tak rindu saya ke?” dia pulak yang soal aku balik. Tiba-tiba darah menyerbu ke muka. Mana dia tau aku cari dia ni? Dah tukar propesyen jadi ahli nujum pula ke.

”Mana..err mana cikgu tau. Saya cuma..cuma..” aku terkulat-kulat untuk menjawab. Aduhai lidah, mengapa saat-saat ini pula kau kelu untuk berkata-kata.

”Kerani yang awak tanya tu.. adik saya.” jawapan yang diberikan cukup membuatkan hati aku bergelodak pantas. Umpama ribut hurican yang datang menyerang. Aku jadik semput tiba-tiba.

”Jadi selama ni cikgu perhati saya. Mana ada semua tu. Cikgu sengaja buat saya tercari-cari... cikgu jahat..” aku pura-pura buat muka marah dan merajuk. Aku menjauhkan diri darinya. Alalala...mengada-ngada pulak.

“Ain yang saya kenal dulu tak suka merajuk. Malah berani dan tanpa segan silu meluahkan perasaan dia. Sekarang... awak tak nak mengaku pula ya” ujarnya makin membuatkan aku termalu sendiri. Cis..cis..

”Itu dulu... erm.. cikgu buat apa sekarang?” aku mengalihkan topik perbualan. Karang, asyik aku saja yang terkena.

”Betul kata awak..itu dulu. Sekarang saya tengah sibuk menguruskan soal rumah tangga..” dia tersenyum sendiri. Aku mengerut dahi. Rumah tangga?? Eh..dia nak kahwin ke? Ke..dah kahwin? Uwaaa...... abih aku ni macam mana? Aku hanya diam.

“Saya carik awak ni, nak jemput ke majlis perkahwinan saya. Kebetulan kita dah jumpa kan..penat saya tunggu awak..” ujarnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Apasal nak tunggu aku pulak? Bukan aku yang tunggu dia ke?. Oooo..baru nak kahwin. Setelah hati aku dianyam dengan kata-kata manis dan indah sebentar tadi..sekarang dia robek-robekkan pula jadik cebisan halus dan di hiris-hiris dengan pisau.

”Ain.. ain..” dia mengibai-ngibai tangannya di depan wajahku. Aku sugul. Tapi cuba buat-buat gembira.

”Tahniah cikgu.. moga cikgu bahagia..” hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku nak menangis nih.

”Awak sedíh sebab tak dapat hantar rombongan meminang saya yer?” dia senyum lagi. Nak aje aku tarik-tarik muka dia tu. Perli-perli aku pulak.

“Ni kad jemputan saya.. datang ya..” tuturnya untuk kali terakhir dan berlalu. Tinggallah aku termangu-mangu di situ. Dia blah macam tu je ke?

Perlahan-lahan aku buka sampul kad tersebut. Siapa lah gadis bertuah itu. Air mata hampir menitis tapi ku tahan jua. Ni kad jemputan ke..kad apa nih. Macam kad kanak-kanak tahun satu jer. Kad manila yang di tampa-tampal dengan bunga-bunga menggunakan kertas warna. Tak verstail langsung.

Assalamualaikum...

Nur Ain Khalilah..
Berakhir sudah penantian saya selama ini. Terima kasih kerana menunaikan impian saya..erm..sebenarnya impian kita.

Ain ..
Nampaknya..cinta memang milik kita. Saya berbangga kerana awak berjaya buktikan bahawa keputusan yang awak buat bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Awak memang dah berjaya sekarang. Saya pula yang rasa kerdil untuk berada di samping awak.

Ain...
Awak adalah pelajar kebanggaan saya... sering mengisi mimpi-mimpi dan mewarnai hidup saya. Awak adalah pelajar saya yang baik dan cemerlang..dan tak mustahil juga awak akan jadi isteri saya yang baik dan Jcemerlang juga kan?

Love;
Ibrahim Idham

Aku terpaku menatap kad tersebut. Segera aku mencari kelibat dia. Mana..mana dia pergi?.

”Saya di sini” aku berpaling.. dia berdiri di belakang aku. sekuntum bunga di hulurkan pada aku. Aduh..romantiknya. Macam dalam drama pulak.

”Ada saya kata nak terima ke?” soalku serius. Saja jual mahal. Geram dengan kejutannya.

”Tak nak tak pe. Saya bagi makcik kantin tu..” dia menjuih mulutnya kearah kantin sekolah.

”pergilah..” kataku masih berlagak selamba. Aku sempat melirik jam tangan yang di pakainya. Aku terkesima. Jam yang sama aku hadiahkan padanya semasa kali terakhir aku berjumpa dengannya di bilik guru sewaktu hari terakhir peperiksaan SPM. Ibrahim...Ibrahim....kenapa mesti tunggu masa selama ini kalau kau juga ada perasaan yang sama seperti aku. Bisikku dalam hati.

”Jangan marah sayangg...” dia menggenggam erat jari jemariku. Nasib baik la dekat depan sekolah ni tak ada orang..kalau tak, maunya aku sorok kepala dalam baju.

”Lama ke awak tunggu saya tadi” soalku sambil mencapai jambangan bunga yg di hulur.

”hari-hari saya tunggu pun tak pe. Tapi yang dekat rumah tu..lagi kesian tunggu awak tau..” katanya membuatkan aku hairan. Dia tersenyum penuh makna. Ni mesti nak kenakan aku lagi nih.

”dekat rumah?? Sape?” soalku pelik.

”rombongan saya yang datang untuk meminang awak la..” selamba dia menjawab dan mengheret aku ke keretanya.

”Hei...awak biar betul??!!” aku cubit geram lengannya. Dia terjerit diselangi ketawa besar. Memang gila. Aku ingat aku yang gila dulu..tapi sekarang, dia lagi gila.

Dan untukmu sekolahku yang tercinta, sejuta bakti yang engkau curahkan sudah pun terhasil dalam melahirkan insan berguna seperti aku. Terima kasih seadanya..akan ku semat kemas-kemas segala kenangan yang berlaku di lipatan memori. Dan untukmu cikgu..kaulah pendidik...kaulah kekasihku.

Mak....anak mak nak kahwin!!!!



Aku masih di sini kekasih
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cinta ku masih lagi di sini
Masih berbunga menantikanmu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapi ku tetap pencinta yang setia

Dan aku masih lagi di sini sayang
Masih setia menanti dirimu
Kerna kita pernah sayang menyayang
Ku harap cinta mu tak akan pudar

Dan ku masih menanti dirimu
Masih segar menanti segalanya
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Akan hancur hati ku kerna kamu

Aku masih di sini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pencinta yang setia

Dengarkan kasih
Lagu ku ini
Kerna diriku
Pencintamu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KAU WANITAKU


Aku terpesona olehmu
Terhanyut oleh rayuan kecantikanmu
Yang selalu kau tebar di setiap waktu
Dan bayangmu yang tak kunjung lepas dari benakku…..
Diriku seakan kaku
Dan tak berdaya ketika lihat kamu
Menyorotkan kedua bola matamu
Dan kedua bola matamu seakan menghipnotisku…..
Dan kedua pipi merahmu
Memberikan warna dalam hidupku
Memberi kejutan di setiap waktuku
Berikan sinar terang dalam hidupku………..
Mampukah orang seperti aku
Memiliki hati wanita seperti kamu
Andai aku bisa akan kujaga dengan kasih sayangmu
Dan ku buat dengan kasih sayangku…………..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


sepi dan sunyi...itulah hidup ku...
tatkala guruh datang berkumandanglah jiwa ini...
duduk ku sendirian...tanpa teman dan kawan...
hanya sesekali datang mengintai ruang room ku...
tatkala aku sendiri...
menjelma berbagai rupa...
aku tersenyum...melihat gelagat mereka...
sesekali aku menyapa...
ada juga insan yang suka...
yahooo....gembira rasanya...
usik ku usik nya...
membuat senyum di bibir...
hari selang berganti...
dengan dorongan adik sejati...
aku mencuba...apakah berhasil nanti?
ingin ku kenali...ingin ku miliki...
insan yg sering membuatku happy..
aku yahooo...aku yahooo...
kerna hasil nampak berputik...
ku ikat dgn ikatan...dan di tambah dengan pinangan..
senyum ku...senyum mu...itulah kenangan...
walau hanya...di kaca komputer...
kau tetap akan ku jaga...
kerna....kau...
aku gembira...
yahooo ku rasa...kerna kau...insan tersayang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS