RSS
Container Icon

PROLOG

Oktober 2010, genap empat tahun Aiza berada di rantauan. Dua bulan lagi dia akan pulang ke tanah air tempat yang penuh bersejarah dalam hidupnya. Aiza termenung sendirian di birai katil sambil membelek- belek album kesayangannya. Bibirnya menguntum senyuman sebaik terpandang sekeping gambar miliknya bersama rakan sebiliknya, Darlina. Aiza masih ingat bagaimana pertemuan mereka pada kali pertama dia menjejakkan kaki di sini.

“Adoi! Hei buta ke?”

“Ma… maaf cik, saya tak sengaja. Saya…

“Ah, sudahlah… kau ingat kaki aku ni ape? Senang-senang je nak pijak. Apalah malang nasib aku hari ni”. 

Gadis itu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Aiza. Langsung tidak terniat di hatinya untuk menyakiti gadis itu, tambahan pula dia perlu menyesuaikan diri di sini. Niat di hati mencari kawan tapi sebaliknya pula yang berlaku. Aiza merasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. 

Selepas selesai melapor diri, Aiza dan beberapa penuntut baru yang lain menuju ke bilik masing-masing. Kalau tidak silap, mereka akan berkongsi bilik dengan beberapa penuntut yang lain… Ah! Tak kisahlah asalkan matlamatnya tercapai. 

Aiza terpegun melihat keunikan bangunan-bangunan di sini. Buatannya begitu halus dan cantik jauh berbeza dengan sekolahnya satu ketika dulu. Impiannya untuk belajar di situ akhirnya tercapai jua. Aiza tidak putus-putus mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana masih memberi dia peluang untuk melanjutkan pelajarannya. Walaupun agak lewat dan masalah kewangan yang selalu menjadi punca pelajarannya tertangguh tapi akhirnya dia tetap berjaya.

Beberapa minit kemudian, Aiza sampai ke asrama. Langkahnya terhenti di depan sebuah pintu. Sekali lagi dia melihat pada kunci pintu bilik yang di berikan oleh pegawai yang bertugas semasa pendaftaran tadi. B3-5-3, ya.. memang sah itulah biliknya. Aiza lantas memulas tombol pintu perlahan-lahan. 

Suasana sunyi sepi. Matanya melilau memandang keadaan sekeliling. Dia berjalan ke arah dapur bertentangan dengan pintu utama. Di situ terdapat banyak makanan seperti biskut, kerepek, makanan segera dan bermacam-macam jenis air. Semuanya tersusun rapi.Dia melangkah pula ke arah tingkap di rung tamu dan meletakkan begnya di situ. Di sudut sebelah kanan tingkap terdapat satu meja belajar yang masih kosong. Pasti ia bakal menjadi miliknya nanti. Bertentangan dengan meja itu terdapat satu lagi meja yang penuh dengan buku-buku. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar di atas meja tersebut. Aiza melangkah perlahan dan entah mengapa hatinya tertarik untuk mengambil bingkai gambar itu. Terdapat satu ukiran nama di bahagian atas yang di ukir indah dalam tulisan khat. “Darlina, cantik nama nie”, getus hati kecilnya. 

Aiza mengamati pula wajah perempuan dalam gambar tersebut. Dahinya berkerut sedikit. ”Wajah ni macam aku pernah lihat. Tapi kat mana eh.” Otaknya ligat berfikir tetapi tiada jawapan. 

“Hei, letak balik gambar aku tu!”

Aiza segera berpaling ke arah suara tersebut. Mukanya pucat lesi tidak tahu apa yang bakal berlaku. Tak disangka dia akan berkongsi bilik dengan perempuan yang telah mencetuskan pergaduhan dengannya pagi tadi. 




Peristiwa itu sudah lama berlaku. Kini mereka adalah sahabat baik. Darlina gadis yang agak manja, peramah dan lincah tapi sikap Darlina yang suka melenting kadang-kadang merimaskan Aiza. Namun, dia tidak kisah semua itu. Dia tahu segarang-garang Darlina, hatinya baik dan agak sensitif. 

Aiza membelek albumnya helaian demi helaian. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar, hatinya bergetar hebat. Wajah itulah yang sering mengganggu tidurnya. “Ah! Kenapa aku masih merinduinya? Empat tahun bukan satu masa yang singkat. Pasti dia sudah punya kekasih atau mungkin juga sudah beristeri barangkali. Tapi kenapa sampai sekarang aku tak boleh lupakannya?”Kenangan bersamanya bagai baru semalam berlaku. Moga kau bahagia, sayangku! Hatinya merintih sayu bersama linangan air mata. Aiza pasrah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

moonflygz berkata...

prolog.....

Catat Ulasan