Aiza Aisyah, seorang gadis serba sederhana yang mementingkan kejujuran dan kesetiaan. Hidupnya diwarnai dengan kasih sayang keluarga dan keakrabannya bersama teman-teman.
Keluarganya adalah tunggak kehidupan. Aiza merupakan harapan keluarga untuk membaiki dan memberi sinar dalam hidup mereka. Mereka menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Aiza berjaya ke menara gading. Namun, kesempitan wang yang dialami dan masalah yang melanda keluarganya memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya….
PERSAHABATAN… hubungan akrab Darlina, Aiza, Aleeya dan Husna akhirnya dilanda badai apabila kehadiran Natasya menimbulkan konspirasi. Akhirnya Darlina mengundur diri untuk memperbaiki keadaan. Tapi sayang, tindakannya itu disalah ertikan. Akhirnya mereka pasrah, hanya kedengaran tangisan tanpa melodi.
APABILA hati terpaut, bibir menguntum senyuman, mata mengikat janji setia… Hafiz jejaka yang telah lama menaruh hati pada Aiza. Kerana ego dia sanggup menahan rasa hati. Aiza yang keliru memaksa dirinya untuk bertanya.
“Engkau adalah yang teristimewa di hatiku”. Adakah itu lamaran cinta? Perlukah dia serahkan sekeping hati miliknya sedangkan keluarganya memerlukan dirinya? Atau membiarkan Hafiz terus menanti jawapan yang belum pasti? Bagaimanakah pula dengan rakan-rakannya?
BERBAGAI persoalan bermain di mindanya. Dia pasrah… konflik yang dialami membuatkan dia terperangkap, antara cinta dan cita-cita manakah yang perlu didahulukan… cintanya kepada keluarga, sahabat atau kekasih hatinya???






0 comments:
Catat Ulasan