RSS
Container Icon

SEPI

Malam bertemankan ketakutan
Siang berkawankan kepanasan
Gelap bernyawakan bulan
Terang berpelukkan bayangan
Menanti ku menanti penuh kesabaran
Namun, secebis kejujuran tidak dinyatakan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sALam PagI.. ^_^

Semalam ku tinggalkan bersama sejuta lambaian
Berharap dinihari tiada lagi tangisan embun pagi
Merangkak mentari disirami hujan
Berharap pelangi tak tercalar lagi
Salam pagi pembaca yang dihormati
Kala pagi berikan aku satu senyuman.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Silat Gayong, Seni Bela Diri dan Perisai Orang Melayu

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan. 

 Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit). 

 Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut. Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan silat. Tetapi cuma beberapa yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu mencapai tahap ini. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri. Tetapi umumnya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan. 

 Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CINTAKU UNTUK SIAPA BAB 1

"Hafiz, bulan depan ada program untuk pelajar tahun akhir kat sini. Kau join sekali tak?” Azam memandang sekilas ke arah temannya sebelum dia mengadap kembali kerja-kerjanya. Kerja kursus perlu disiapkan segera. Amaran Encik Adam masih terngiang-ngiang di telinganya. Gerun bila memikirkan wajah guru bahasa arabnya yang menyinga pagi tadi. Sememangnya dia dikenali seorang yang garang dan tegas.

Mestilah aku ikut, kau ni pun satu Zam. Tak kan tak tahu aku mana pernah miss kalau ada program macam ni. Ini Loqman Hafiz la….” 

“Yela..yela, aku tau la. Lagipun kau nak jumpa buah hati kan”.Azam bingkas bangun duduk bersama-sama Hafiz sambil menikmati minuman petang. Lega rasanya selepas sehari suntuk mengadap komputer. 

“Aku tau kau syok kat.. apa nama? Harnida? Harmida?” Azam menyambung kata-kata bila dilihat Hafiz tidak memberi sebarang respon. Dahinya berkerut memikirkan nama yang sering disebut Hafiz kebelakangan ni. 

“Maksud kau Harlida? Hafiz mencelah diiringi dengan gelak ketawa. Geli hatinya melihat telatah temannya itu. Azam memang seorang rakan yang baik. Hubungan mereka sudah seperti adik beradik. Mereka berkawan dari sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Sekarang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi mereka akan meninggalkan Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas (MAAS), sekolah yang hampir lima tahun mereka menimba ilmu. Terlalu banyak kenangan mereka di sini. Hafiz masih ingat, beberapa bulan yang lepas Azam sering tidak datang ke kelas. Bila ditanya dia selalu mengelak. Bukan niatnya untuk campur tangan hal-hal peribadi sahabatnya itu tapi sebagai kawan salahkah dia ingin tahu? Kalau perlu dia akan cuba untuk membantu sekadar yang termampu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSYUKURLAH DENGAN DIRINYA...

Wahai Insan,
Jika kamu memancing, dan umpan kamu telah terkena,
Maka naikkanlah ia ke darat,
Dan jangan sesekali kamu lepaskan semula ia ke dalam sungai,
Kerana sakit dan bisanya luka terkena mata kail mu yang tajam...


Begitu juga jika kamu telah menerima seseorang,
Sayangilah dan setialah padanya,
Janganlah kamu meninggalkan dirinya sesuka hati kamu,
kerana sakit dan pedihnya tidak kamu rasai...


Sesungguhnya hidup ini memang umpama roda,
Hari ini kamu di atas, kelak kamu pasti akan berada di bawah,
Di tempat orang yang kamu telah khianati janji-janji kamu...


Jangan diharap pembetung itu begitu kuat,
Kerana sampai masa ia pasti akan retak..
Dan kamu kecewa kerana ia tidak seperti yang kamu harapkan...


Begitu juga dengan manusia...


Jangan mengharapkan seseorang itu terlalu baik dan sempurna untuk kamu,
Kerana kelak pasti akan ada kesilapan yang dia lakukan kepada kamu,
Saat itu kamu akan kecewa kerana dia tidak sempurna seperti yang kamu harapkan...


"Apa yang kamu suka kadang-kadang buruk untuk kamu, dan apa yang kamu benci kadang-kadang baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"...


(Al-Baqarah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potret Cinta

Bila perlu aku kau dakapi

Bila perlu aku kau cari
Bila perlu aku kau sanjungi
Bila perlu aku kau kasihi
Bila perlu aku kau tangisi
Bila perlu aku kau bayangi
Bila perlu aku kau say I love you
Tapi kini satu perkataan yang bisa ku ungkapkan
Di mana janji-janji mu bila kau di atas???

Pasrah di lurah mimpi
Benak hati tak berbaki
Namun inginku dampingi mu
Biar pun ditawani rantai
Berkuncikan hati yang mati
Namun aku tetap begini

Seloka kata umpama coretan lukisan
tercalar hati ungkapan gambar
itulah diriku yang berdiri sendiri
Tapi lukisan tak sudah kata-kata bila berbicara
Percayalah semua itu hanya lakonan
Di pentas dunia semata-semata

Maaf kerna kau lukisan
Bercorakkan perasaan yang sentuhannya
tak bisa ku rasakan
Namun, hati saja yang yakin
terokai ke dasar ayunan sebuah potret

Noktahkanlah titik permulaan bicara
Kerana hati sering mengerling permata
tah bila nan berderai
di arena cerita

Aku terlalu sepi nan potret
menusuk ke dalam minda yang gelap
Namun kotak hati sering kali
Dilegari bermacam-macam titik noktah
Cerita kita...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WARISAN SENI JOHOR..



Tarian zapin merupakan persembahan berbentuk muzikal tari yang menterjemahkan nilai-nilai sejarah, kesenian dan adat yang diamalkan masyarakat Melayu sejak dulu seperti berzanji, memotong jambul, berkhatan, nikah kahwin dan sebagainya.Ia juga merupakan suntikan elemen yang mempunyai unsur-unsur energetik terhadap muzik dan tariannya mengikut peredaran semasa tanpa mengabaikan keaslian zapin itu sendiri.


Tarian zapin amat terkenal di negeri Johor dan merupakan warisan turun-temurun di situ, diikuti dari negeri-negeri lain yang turut mengikut langkah mereka untuk mengangkat kebudayaan dan kesenian masing-masing.


Warisan negeri Johor yang terkenal dengan tarian zapin ini telah banyak menghimpunkan versi-versi zapin antaranya ialah zapin Putar Alam, zapin Pekajang, zapin Tenggelu, zapin Lenga Batu 28, zapin Sri Bunian, zapin Padang Sari, zapin Sarawak dan zapin Terengganu.


Jenis-jenis zapin inilah yang diangkat oleh kerajaan Johor dengan setiap kajian menyeluruh dijalankan agar penonton kelak tidak menerima sebarang kesalahan fakta dan maklumat. Manakala lagu-lagu yang pernah dibawakan bersama tarian zapin ini seperti lagu yang bertajuk Dodoi Anak, Mentera Semerah Padi, Awal Bismillah dan lain-lain.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROLOG

Oktober 2010, genap empat tahun Aiza berada di rantauan. Dua bulan lagi dia akan pulang ke tanah air tempat yang penuh bersejarah dalam hidupnya. Aiza termenung sendirian di birai katil sambil membelek- belek album kesayangannya. Bibirnya menguntum senyuman sebaik terpandang sekeping gambar miliknya bersama rakan sebiliknya, Darlina. Aiza masih ingat bagaimana pertemuan mereka pada kali pertama dia menjejakkan kaki di sini.

“Adoi! Hei buta ke?”

“Ma… maaf cik, saya tak sengaja. Saya…

“Ah, sudahlah… kau ingat kaki aku ni ape? Senang-senang je nak pijak. Apalah malang nasib aku hari ni”. 

Gadis itu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Aiza. Langsung tidak terniat di hatinya untuk menyakiti gadis itu, tambahan pula dia perlu menyesuaikan diri di sini. Niat di hati mencari kawan tapi sebaliknya pula yang berlaku. Aiza merasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. 

Selepas selesai melapor diri, Aiza dan beberapa penuntut baru yang lain menuju ke bilik masing-masing. Kalau tidak silap, mereka akan berkongsi bilik dengan beberapa penuntut yang lain… Ah! Tak kisahlah asalkan matlamatnya tercapai. 

Aiza terpegun melihat keunikan bangunan-bangunan di sini. Buatannya begitu halus dan cantik jauh berbeza dengan sekolahnya satu ketika dulu. Impiannya untuk belajar di situ akhirnya tercapai jua. Aiza tidak putus-putus mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana masih memberi dia peluang untuk melanjutkan pelajarannya. Walaupun agak lewat dan masalah kewangan yang selalu menjadi punca pelajarannya tertangguh tapi akhirnya dia tetap berjaya.

Beberapa minit kemudian, Aiza sampai ke asrama. Langkahnya terhenti di depan sebuah pintu. Sekali lagi dia melihat pada kunci pintu bilik yang di berikan oleh pegawai yang bertugas semasa pendaftaran tadi. B3-5-3, ya.. memang sah itulah biliknya. Aiza lantas memulas tombol pintu perlahan-lahan. 

Suasana sunyi sepi. Matanya melilau memandang keadaan sekeliling. Dia berjalan ke arah dapur bertentangan dengan pintu utama. Di situ terdapat banyak makanan seperti biskut, kerepek, makanan segera dan bermacam-macam jenis air. Semuanya tersusun rapi.Dia melangkah pula ke arah tingkap di rung tamu dan meletakkan begnya di situ. Di sudut sebelah kanan tingkap terdapat satu meja belajar yang masih kosong. Pasti ia bakal menjadi miliknya nanti. Bertentangan dengan meja itu terdapat satu lagi meja yang penuh dengan buku-buku. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar di atas meja tersebut. Aiza melangkah perlahan dan entah mengapa hatinya tertarik untuk mengambil bingkai gambar itu. Terdapat satu ukiran nama di bahagian atas yang di ukir indah dalam tulisan khat. “Darlina, cantik nama nie”, getus hati kecilnya. 

Aiza mengamati pula wajah perempuan dalam gambar tersebut. Dahinya berkerut sedikit. ”Wajah ni macam aku pernah lihat. Tapi kat mana eh.” Otaknya ligat berfikir tetapi tiada jawapan. 

“Hei, letak balik gambar aku tu!”

Aiza segera berpaling ke arah suara tersebut. Mukanya pucat lesi tidak tahu apa yang bakal berlaku. Tak disangka dia akan berkongsi bilik dengan perempuan yang telah mencetuskan pergaduhan dengannya pagi tadi. 




Peristiwa itu sudah lama berlaku. Kini mereka adalah sahabat baik. Darlina gadis yang agak manja, peramah dan lincah tapi sikap Darlina yang suka melenting kadang-kadang merimaskan Aiza. Namun, dia tidak kisah semua itu. Dia tahu segarang-garang Darlina, hatinya baik dan agak sensitif. 

Aiza membelek albumnya helaian demi helaian. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar, hatinya bergetar hebat. Wajah itulah yang sering mengganggu tidurnya. “Ah! Kenapa aku masih merinduinya? Empat tahun bukan satu masa yang singkat. Pasti dia sudah punya kekasih atau mungkin juga sudah beristeri barangkali. Tapi kenapa sampai sekarang aku tak boleh lupakannya?”Kenangan bersamanya bagai baru semalam berlaku. Moga kau bahagia, sayangku! Hatinya merintih sayu bersama linangan air mata. Aiza pasrah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS