RSS
Container Icon

CIKGU... AKU PENCINTAMU



2006

Aku melewati batas-batas waktu yang berlalu dengan menghabiskan masa di tepi pantai ini. Pantai yang menyimpan seribu kisah duka. Kenapa harus aku kembali lagi ke sini andai tempat ini hanya mampu membuatkan luka aku bertambah parah? Argh..perasaan..sukarnya ditafsir. Kenangan lalu menggamit aku kemari. Dan rindu itu datang lagi..walaupun puas ku usir dan ku halau berulangkali.

****************************************************************************************************


1999

“Apa nak jadilah dengan awak Ain..tak serik-serik..” bebelannya langsung aku tak ambil peduli. Makin dia marah, makin ensem pulak. Teringat mula-mula pertemuan aku dengan dia. Di pondok bas buruk depan sekolah tu la. Kalau tak kerana bas rosak..jenuh la aku tak tau masih wujud lagi insan gagah, berkarisma, bijak, elegan dan seangkatan dengan maksud yang sama macam jejaka di depan aku ni. Sanggup berasak-asak dalam hujan untuk melindung aku yang tengah demam dan selesema dari pecikan air hujan. Romantiknya..kuch kuch hota hai.

“Awak dengar tak apa saya cakap ni?” herdikannya mematikan lamunan dan bayangan aku. Aku tunduk.

“Saya dengar cikgu…” kataku lemah. Buat-buat muka kesian.

“Jangan la bergaduh lagi. Awak tak malu ke di cop pelajar bermasalah sekolah ni? Awak tu perempuan. Jangan jadik samseng kat sekolah ni.” ayatnya mula kendur. Dah mula dah..lepas ni pasti berbakul2 nasihat di berikan. Dalam pada itu, dia sibuk membelek-belek lebam dan luka di muka dan tanganku. Tau pun risau. Dia sorang jer yang ambil berat pada aku. Sibuk masuk campur hal aku di sekolah. Nak harap cikgu lain, makin di halaunya aku dari sekolah ni adalah. Bukan nak faham situasi sebenar.

“Bukan saya suka-suka nak gaduh cikgu, kalau saya tak lawan..jatuhla reputasi saya. Diaorang yang mulakan dulu..takkan saya nak biar jer member saya kena buli. Anak melayu pantang di cabar..” aku menjawab. Betul la tu aku cakap…sape nak gaduh tanpa sebab?? Ye tak??

“Awak dah besar… tahun ni nak ambil SPM. Jadi la matang sikit. Bergaduh bukan jalan penyelesaian, awak sepatutnya tunjukkan contoh yang elok pada pelajar-pelajar junior..bla bla bla..” aku tak dengar lagi ayat-ayat seterusnya. Kerana yang pasti.. ape yg aku bayangkan didepan aku sekarang adalah seorang supermodel yang kacak, sedang tersenyum dan memegang erat jari jemari ku. Ah cikgu..kalaula cikgu tau hati saya…

****************************************************************************************************

“Awal kau datang hari ni? Selalu time macam ni masih melepak kat kantin lagi” tegur Azam, rakan sekelasku yang dulu konon-kononnya jejaka idaman kalbu aku. Tapi itu dulu, sebelum aku tau mamat ni kaki kikis dan kaki berbulu..

“Saje..” jawabku ringkas. Buat acuh tak acuh padanya.

“Kau makin lain Ain..tak macam dulu. Kau suka menyendiri sekarang. Dgn aku pun kau buat-buat tak nampak..” Azam mula datang dekat pada aku. Saja duduk di sebelah aku dan mula merapatkan badannya minta diberi perhatian. Eiii...miang betul la!!

”Engkau ni ape hal..rimas rimas!! Pegi jauh-jauh. Aku tgh study ni” aku menolak kuat badannya. Ingat bau wangi dia tu buat aku tergoda la tuh, boleh jalan.

“i miss u Ain. The old you..”katanya lantas berlalu ke tempat duduknya. Eleh...takat ayat tiru dalam skrip gol and gincu..aku tak heranla. Dasar kasanova..buaya tembaga..buaya darat..buaya karat. Pegi lantaklah.

Dari jauh aku nampak kelibat jejaka idamanku. Ini baru betul jejaka idaman..lenggok gaya dan senyuman tak pernah lekang dari bibir. Yang tadi tu jejaka jahanam adalah. Alahai...nasib baik aku belum habis sekolah, kalau tidak..dah lama aku rembat jadikan laki.

”Selamat pagi cikgu..!!” ucap pelajar-pelajar kepadanya. Cikgu Ibrahim mengajar seperti biasa.

Dia sempat melirik kearahku..dahinya berkerut. Aku senyum, mesti dia pelik sebab tak sangka aku tak lagi masuk lewat atau ponteng seperti biasa. Walaupun tahun baru dah lama berlalu, tapi kini aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh, takkan bergaduh lagi..takkan ponteng kelas lagi..takkan merokok lagi..takkan melawan kata cikgu lagi...takkan dan takkan..semuanya kerana cikgu Ibrahim. Tunggulah cikgu..saya akan buktikan yang saya tak seteruk yang cikgu sangkakan.

****************************************************************************************************

Aku tak nafikan aku memang dah banyak berubah. Bukan aku perasan atau syok sendiri dengan perubahan aku ni. Tapi mak juga rasa perubahan aku. Tak lagi keluar merewang lepas balik sekolah. Tak lagi ajak kawan-kawan aku melepak di depan rumah. Bergelak-ketawa bertepuk bertampar macam dulu. Sampai jiran-jiran pun dah naik jelik dengan karenah aku. Ayah..dah naik lenguh mulut dia asek membebel..sudahnya dia hanya mendiamkan diri. Asalkan aku tak liar dan keluar jauh dari pandagan mata dia, itu sudah cukup. Kini, abis saja waktu sekolah, aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Baca buku..ulangkaji pelajaran. Kawan-kawan ajak lepak pun aku halau balik. Ni cikgu Ibrahim punya pasal la ni..sebab dia aku jadi macam ni. Pendek kata dah jadi perempuan melayu tersopan. Alahai cikgu..

’Hah..baca buku ke berangan..!!” Opocot !! terkejut aku. Mak bertempik dari pintu. Kus semangat...

”Mak ni... terkejut arr..” aku mengurut-ngurut dada. Mak hanya menggeleng.

Cikgu... apa dah jadi dgn aku ni. Semua benda yang aku nampak..serupa dengan cikgu Ibrahim. Sampai muka aku sendiri dalam cermin pun, nampak macam cikgu Ibrahim. Gila bayangkah aku?. Mak..anak mak dah mabuk kepayang..

****************************************************************************************************

”Awak jangan salah faham dengan apa yang saya lakukan selama ini Ain. Saya cikgu awak..dan saya perlu ambil berat pada awak. Awak anak murid saya.. saya tak sangka lain yang awak fikir.. ambik balik apa yang awak bagi saya ni..saya tak boleh terima” dia menolak dan memulangkan semula hadiah pemberian aku. Gilakah aku? Benar-benar gilakah aku? Aku buat salahkah??

”Saya hargai jasa dan pengorbanan cikgu dalam mendidik dan membuka mata saya kejalan yg betul. Tapi sebagai manusia..saya tak boleh lari dari perasaan saya cikgu. Memang saya tahu ianya melampau..tapi fahamla cikgu.. saya sayangkan cikgu..” kataku jujur dan ikhlas. Betul..mmg aku benar-benar suka pada dia. Walaupun nampak macam gadis miang, tapi itu memang betul lahir dari hati aku. Bukan saja-saja nak goda anak teruna orang.

”... awak masih mentah Ain. Awak tak tau apa yang awak cakap. Awak sendiri masih terumbang-ambing dengan hala tuju hidup awak. Awak perlu jadi manusia yang berjaya baru awak boleh fikir perkara-perkara ni semua. Awak terlalu banyak menonton filem cinta barangkali” dia tersenyum dan melarikan pandangan matanya. Ada sesuatu yang cuba di sembunyikan. Argh..cikgu. Setulus dan seluhur hatimu aku tahu kau juga menyimpan perasaan yang sama.

”Kalau bukan kerana filem cikgu...kita juga akan merasainya di dunia nyata. Betul tak? Kenapa cikgu selalu lalu di depan kelas saya walaupun pada masu tu cikgu tak mengajar apa-apa subjek sekalipun. Kenapa cikgu minta ganti untuk mengajar subjek sains kelas kami sedangkan cikgu tahu guru yang mengajar memang ada. Kenapa cikgu pilih saya untuk jadi pengerusi persatuan Kebudayaan sedangkn cikgu tau saya dah terlibat dalam persatuan lain? Sebab cikgu rindukan saya kan? Dan kenapa cikgu keluarkan nama Azam dalam senarai kursus komputer untuk kelas kami dan masukkan dia ke kelas lain? Cikgu cemburu kan?” aku menyoalnya bertubi-tubi. Mataku tak beralih dari merenung tepat wajahnya. Apa dia ingat aku ni budak-budak tadika lagi ke? Tak tau apa itu cinta? Merah padam mukanya menahan geram barangkali. Kalau dia selalu perhatikan tindak tanduk aku, kenapa aku tidak? Terer kan aku?

”Awak...awak salah faham. Awak tak sepatutnya berkata begitu pada saya .Saya cikgu awak..” dia masih lagi ingin berselindung. Kura-kura dalam perahu..purak-purak tak tahu pulak.

”Antara anak murid dgn cikgu..tiada batas perasaan cikgu. Tuhan kurniakan perasaan cinta pada setiap hambanya. Cuma tak spesifik cinta itu untuk siapa kepada siapa. Cikgu kejam andai cikgu nafikan fitrah yang di kurnikan..”kulemparkan kata-kataku itu tajam ke arahnya. Biar dia rasa, aku pun tahu bersastera jugak. Walaupun aku ni berperwatakkan kasar,tapi hati aku pun sentimentel juga. Aku tau juga rasa sakit bila di kecewakan.

”Awak tau perumpamaan langit dengan bumi? Jauh panggang dari api? Macam tu juga kita Ain. Sedarlah...awak dah terlalu jauh berkhayal. Cuma satu yang saya pinta, awak belajarlah bersunggu-sungguh. Mungkin saya tak mampu halang apa yang awak rasa, tapi buktikan dulu yang perasaan awak tak menguasai nafsu dan pemikiran awak. Tuhan kurnikan kita akal untuk berfikir dengan betul, bukan membabi buta. Awak balik, awak fikirkan..dan awak akan dapat jawapannya..” pandangan redupnya dilemparkan jauh ke tengah laut. Apa la ada kat laut tu, lebih elok dia tengok muka aku ni.

”Saya tak berkhayal dan saya berfikir memang ikut fikiran yang waras. Saya tak kisah apa pun cikgu nak fikir, cikgu nak kata saya tak tau malu ke..saya masih mentah ke..saya bertindak membabi buta ke..tapi yang pasti, perasaan saya cikgu tak boleh perlekehkan. Bukan la satu dosa untuk saya mencintai dan menyukai cikgu sendiri. Saya memang sayang cikgu. Cikgu... habis exam SPM ni, saya nak hantar rombongan meminang cikgu!!” kataku tegas. Memang macam gila bunyiknya, tapi aku cuma nak tunjukkan pada dia yang aku tak pernah bermain-main dengan perasaan aku. Ini bukan drama tv atau sinetron indonesia..bukan juga cobaan. Tapi betul-betul.

”Nur Ain Khalilah..!! ” panjang namaku di sebut. Tegas saja bunyinya. Marah la tuh. ”...budak-budak sekarang memang terlalu berani”. Dia merenung tajam kearahku. Tak takut pon.

”Makin lama saya layan awak..makin gila saya di buatnya.. suka hati awak la nak buat apa pun. Saya pergi dulu..” dia pantas berlalu meninggalkan aku terkontang-kanting di tepi pantai ini.

Aku yang mengajaknya kesini dengan alasan ingin memulangkan sesuatu. Tapi sebenarnya ingin melepaskan rindu yang terbuku dihati dek terpisah kerana cuti semester yang baru bermula. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa ke muka. Rasa sejuk menyelimut diri aku. Pergilah cikgu..pergi sejauh mana yang cikgu nak. Tapi yang pasti, selangkah cikgu pergi..seribu langkah saya akan pantas berlari mengejar. Setinggi mana cikgu pergi, setinggi itu juga saya akan daki, dan walau sedalam mana cikgu bersembunyi akan saya selami juga. Sejak bila la aku jadi jiwang ni.. berfalsafah pula. Sudahnya aku menghabiskan masa hingga kepetang melayan perasaan gila aku ni. Ain!!gilakah kau??!!

****************************************************************************************************

Sejak itu, dia sering mengelak untuk bersua muka dengan aku. Hodoh sangatkah muka aku ni sampai kalau terserempak pun, langsung tak dipandangnya wajah aku yang ala-ala pan asian ni. Teruk sangatkah kesilapan yang aku buat sehinggakan aku menegur pun dia tak ambil peduli, buat-buat tak dengar. Dan dia langsung tak mengajar di kelas aku lagi. Waktu ko-kurikurun pun dia tak ada. Sampai macam tu sekali dia benci aku. Aduhai cikgu, gerangan apakah yang mengubah kau sedemikian rupa? Kerana kesilapan dan kesalahan aku berkata-katakah? Andai benar lah aku tersilap dan tersalah kata, tak adakah ke sekelumit maaf yang kau beri? Bukankah maaf itu sifat terpuji.

Hari ini adalah hari terakhir aku menduduki peperiksaan. Dengan tabah aku menghadapinya walaupun hati aku sakit dek perbuatan cikgu Ibrahim.Sampai hati dia. Dah masuk 3 minggu dia tak tegur dan tak pandang aku. Mengikut dalam islam, kalau 3 hari tak bertegus sapa pun dah berdosa. Inikan pula 3 minggu. Berganda-ganda kali dosa.Ye tak?

Aku memberanikan diri berjumpanya di bilik guru. Lantak la..nak kata aku muka tembok ke..muka dinding ke..katalah. Aku tak kisah.

”Cikgu.. saya tahu cikgu masih marah pada saya. Walau apa pun, saya takkan tarik balik apa yang saya katakan dulu. Terima kasih kerana menjadi cikgu saya. Lepas ni boleh jadik suami saya pulak...” kataku memulakan perbualan. Dia masih tekun menulis dimejanya. Dia berpaling dan menyeringai kearahku. Tumbuh tanduk dan taring di wajahnya. Hah!!!Aku menggosok2 mata.

”Awak nak apa...” lamunanku terhenti. Oh..aku berkhayal rupanya..

”Cikgu..saya tau kedatangan saya tak menyenangkan cikgu. Mungkin cikgu masih terasa dengan kata-kata saya dulu. Walau apa pun, saya takkan tarik balik apa yang saya katakan dulu. Terima kasih kerana menjadi cikgu yang baik pada saya. Saya terhutang budi. Doakan kejayaan saya ya. Dan saya takkan ganggu cikgu lagi lepas ni. Izinkan saya simpan kenangan saya dengan cikgu di hati dan memori saya. Dan tak salah andai saya pahat nama cikgu dalam hati saya. Assalamualaikum...” aku terus berlalu. Sengaja aku tinggalkan hadiah pemberian aku yang tak diterimanya dulu di atas meja. Kali ni dia tak menolak. Aku terus berjalan laju. Terasa ada air mata hendak menitik pon ya. Tapi aku tahan agar tidak gugur. Jaga reputasi beb. Lagipun sape la aku. Aku ni bumi..dia tu langit.. macam yang pernah dia katakan tu.

****************************************************************************************************

Aku diterima masuk di salah sebuah universiti luar negara tajaan JPA. Gembiranya hati bukan kepalang. Semuanya berkat kesungguhan aku untuk berubah dan rajin belajar..juga berkat didikan cikgu Ib.. ah.. malas aku nak ingat nama tu. Orang tak ingat kita, buat apa aku nak ingat dia. Ingat katak puru dekat belakang rumah aku lagi bagus.

”Dah kemas semua barang-barang yang nak di bawa tu Ain? Jangan esok baru kalut nak cari itu la..inila..baju sejuk, selimut... kasut semua dah ada ke” bebelan mak dari luar bilik membuatkan aku tersentak. Mak ni..aku yang nak pegi ke..dia yang nak pegi. Macam la aku nak duduk menetap terus kat sana.

”Dah...” jawabku dari dalam. Kalau tak jawab kang..makin bising la dibuatnya.
Aku akan meninggalkan bilik kesayangan aku ni. Bilik yang menyaksikan aku bersengkang mata mengulangkaji pelajaran sampaila aku berjaya diterima masuk ke universiti. Selamat tinggal bilik, kita akan berjumpa lagi. Aku pasti akan merinduimu. Aku membelek album-album lama yang tersimpan rapi dia almari. Satu persatu aku selak.. keriangan waktu belajar menggamit memori. Azam,lili,Yani, Daud dan ramai lagi member sekelas. Rindunya pada mereka.. tiba-tiba jatuh sekeping gambar di hujung kaki aku. Aku mencapainya... cikgu Ibrahim... Aku tersenyum. Kenangan aku dengan cikgu Ibrahim semasa menjayakan Hari Kebudayaan di sekolah. Cutenya... kalau tak mengenangkan dia cikgu aku, dah lama aku guna-gunakan dia dan ajak dia kahwin. Hahaha...gila!! ku selit gambar tersebut kedalam beg pakaian. Simpan sebagai pengubat rindu.

”Ni..ada kawan ko kirim kat mak tadi. Nah..ambik..” mak menghulur satu bungkusan padaku. Mak ni..terpacul jer kepala dia, buat aku terkejut.

”Sape bagi mak... ” tanyaku hairan. Pertanyaan aku tak berjawab, mak dah hilang entah ke mana. Ish..mak aku ni. Aku membuka rakus bungkusan tersebut. Sebatang pen bersalut emas tersimpan kemas di dalam kotaknya. Ada nota kecil terselit di celah kotak pen tadi.

Ain...
Kalau cinta milik kita..pasti kita akan dipertemukan lagi degan izin Allah.Pastikan awk jadi orang..bukan jadi samseng atau minah rewang . Gud Luck! – Cikgu Ibrahim

Cikguu!!!..

****************************************************************************************************

2006

Aku menjejakkan lagi kaki ke sini. Kini aku menjadi penghuni tetap pantai yang sunyi dari hiruk pikuk pelancong yang datang. Mungkin bukan musim cuti, sebab tu pantai ni kurang pengunjungnya.

Hari hampir malam, aku bergerak pulang ke rumah yang jaraknya tak jauh dari pantai ini. Entah apa lagi yang aku harapkan di sini. Sebuah penantian yang sia-sia. Apa aku masih mengharap pada dia lagi kah? Aduhai hati.. terlalu setia kau menanti seseorang yang belum pasti wujudkah kau di mata dia.

”Ain... hei..Ain kan?” tetiba satu suara mengejutkan aku. Sape pulak mamat ni. Macam kenal.

”Azam? Kau Azam kan..kekasih lama..” tanyaku ingin kepastian. Dia mengangguk. Aku tertawa gelihati.

”Tak sangka jumpa kau kat sini Ain..amboi..makin bertambah-tambah anggun kau ye. Pegawai Eksekutif la katakan..” Azam berseloroh. Aku hanya tersenyum.

”Eksekutif apa nya..eksekuli jer..” balasku bersahaja.

”Bila kau balik sini Ain. Senyap-senyap jer.. tak bawak balik mat salleh ke?” dia mengusik. Amboi-amboi..

”Mat salleh banyak..tapi aku tak berkenan. Baik aku carik mat-mat malay kat sini..kau kan ada” giliranku mengusik. Azam ketawa.

”Kau tak berubah Ain. Jemput la datang rumah aku malam ni. Kenduri potong jambul anak aku yang sulung..” Azam tersipu-sipu. Dah jadi bapak rupanya.

”Oooo...ada orang tu dah jadik bapa yer... tengok la. insyaAllah aku datang.” selepas berborak untuk berapa ketika, kami membawa haluan masing-masing. Banyak rupanya perubahan kat kampung ni. Yang kawin dah ada anak..yang bujang ada yang baru nak kahwin. Aku?..masih menanti.

****************************************************************************************************

”mengikut maklumat sekolah, selepas 3 tahun mengajar di sekolah ni, cikgu Ibrahim minta ditukarkan untuk mengajar ke sekolah lain. Saya kurang pasti pula dimana sebab saya kerani baru kat sekolah ni. Kalau cik nak maklumat lanjut, cik boleh rujuk pada kerani yang jaga maklumat bekas guru-guru sekolah ni. Tapi cik kena tunggula dalam 1 bulan lagi, sekarang ni dia cuti bersalin..” keterangan panjang lebar yang di berikan oleh kerani tersebut cukup membuatkan aku bertambah-tambah hampa. Cikgu Ibrahim dah pindah. Tapi dimana? Sampai hati dia tak tunggu aku.

”Tak pe la kak..terima kasih.” perlahan-lahan aku meninggalkan pejabat sekolah tempat di mana aku belajar 7 tahun lalu.

” Masuk kali ni, dah 3 kali cik tanya tentang orang yang sama, cik ada kena mengena dengan dia ke??” soalan yang sempat di ajukan sebelum aku berlalu membuatkan aku tergamam. Err..er..

”Eh tak... err..anu err dia tu..dia kenalan saya jer..terima kasih kak.. ” jawabku terus pantas berlalu. Bimbang di tanya yang bukan-bukan lagi.

Terpaksa aku menebalkan muka semata-mata untuk tahu di mana cikgu Ibrahim sekarang. Tapi hampa. Dia hilang tanpa kabar berita. Aku menyusuri lorong-lorong bangunan sekolah tersebut. Sekolah ni juga dah banyak berubah. Tiada lagi dinding-dinding yang berconteng, dimana akulah salah seorang penyumbang nya yang rancak menconteng dinding bangunan sekolah setiap kali didenda oleh guru. Bukan di tandas sahaja, malah di mana ada ruang kosong untuk di tulis, pasti akan aku penuhkan dengan ayat-ayat yang ntah apa-apa. Aku tersenyum sendiri. Sekolah ni sunyi sepi memandangkan sekarang adalah waktu cuti semester bermula.

****************************************************************************************************

Aku menuju ke sebatang pokok yang terletak berhampiran dengan perhentian bas. Aku mencari-cari sesuatu di situ. Apakah masih ada lagi nama yang ku ukir di batang pokok tersebut. Ain was here!!

”Cuba cikgu ukir nama cikgu kat situ.. saje abadikan sebagai tanda cikgu pernah mengajar di sini. Mana tau kot-kot satu hari nanti cikgu pindah..” pintaku pada cikgu Ibrahim tatakala kami dan pelajar-pelajar lain sedang sibuk membuat gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Padahal apa yang bermain di fikiran aku adalah untuk mengukir nama aku di bawah namanya nanti. Tapi niat tak elok memang selalu tak kesampaian.

”Ishh..nak buat apa. Kesian pokok tu... elok-elok cantik kulit dia. Abis tertoreh nanti..” balasnya lantas meneruskan kerja-kerja pembersihan. Aku menahan sabar. Tak makan dek tipu muslihat la dia ni.

Tapi senyap-senyap aku mengukir nama aku di dahan pokok tersebut. Ain was here!! Bukti aku adalah pelajar nakal di sekolah itu.

Bayang-bayang kenangan tersebut terus hilang sebaik saja aku sampai di bawah pohon rendang itu. Aku mencari-cari tulisan yang aku ukir hampir 7 tahun dulu. Di mana ya. Puas aku mengelilinginya, tapi masih belum jumpa. Tiba-tiba aku terpandang satu tulisan yang betul-betul buat darah aku berderau. Aku amati betul-betul tulisan tu dan mata aku hala tepat kearahnya. Betul ke apa yang aku nampak ni?.

Ibrahim & Ain was here!! Forever.

Aku membacanya berulang kali. Betul kah atau sekadar imaginasi aku jer. Sejak bila perkataan Ibrahim dan forever tu wujud?!! Aku makin bingung. Setahu aku, cuma ukiran nama aku je di situ. Siapa yang tambah perkataan Ibrahim dan forever tu??. Ada sesiapa nak main-mainkan aku ke?? Aku meraba-raba lagi tulisan yang tertera di pokok tu. Ya Allah..maknanya memang aku tak bertepuk sebelah tangan.

“Tak bosan ker dari tadi asyik tengok pokok tu aje?” tiba-tiba satu suara menyapa aku dari perhentian bas yang berhampiran. Aku masih bingung dan tidak menghiraukan suara tersebut.

“ Untungnya pokok tu..ada jugak orang yang nak pandang..” sambung suara tu lagi. Ish..sibuk betul la. Aku berpaling. Sebaik saja perhatian di halakan, mataku langsung tak bergerak dari memandang wajah yang sedang duduk di perhentian bas itu. Tiba-tiba ada irama Hindustan bermain-main di telingaku..

“Cik..cikgu..??” ujarku tergagap-gagap. Rasa macam ada chewing gum melekat pada kerongkong aku kala ini. Aku nampak dia tersenyum dengan lawanya di situ. Kening di angkat. Ceh..

”Kenal lagi awak dgn saya rupanya..” dia bangun dan perlahan-lahan jalan menuju ke arahku. Dan aku... tak payah nak cakaplah..bagai ada gam yang melekat kat kaki aku hingga tidak boleh bergerak walau seincipun. Aku bermimpikah??

”Saya yang ukir nama saya tu bersebelahan nama awak..itu yang awak nak dulu kan??” soalnya sambil mengenyit mata. Aik... dah tak selindung-selindung dah.

”Apa cikgu buat kat sini? Cikgu kan dah pindah..cikgu.. ” tiba-tiba lancar saja mulutku menyoal itu ini. Untuk menghilangkan gugup dan gementar di hati.

”Awak halau saya ya?... bukan ke awak carik saya tadi? Awak tak rindu saya ke?” dia pulak yang soal aku balik. Tiba-tiba darah menyerbu ke muka. Mana dia tau aku cari dia ni? Dah tukar propesyen jadi ahli nujum pula ke.

”Mana..err mana cikgu tau. Saya cuma..cuma..” aku terkulat-kulat untuk menjawab. Aduhai lidah, mengapa saat-saat ini pula kau kelu untuk berkata-kata.

”Kerani yang awak tanya tu.. adik saya.” jawapan yang diberikan cukup membuatkan hati aku bergelodak pantas. Umpama ribut hurican yang datang menyerang. Aku jadik semput tiba-tiba.

”Jadi selama ni cikgu perhati saya. Mana ada semua tu. Cikgu sengaja buat saya tercari-cari... cikgu jahat..” aku pura-pura buat muka marah dan merajuk. Aku menjauhkan diri darinya. Alalala...mengada-ngada pulak.

“Ain yang saya kenal dulu tak suka merajuk. Malah berani dan tanpa segan silu meluahkan perasaan dia. Sekarang... awak tak nak mengaku pula ya” ujarnya makin membuatkan aku termalu sendiri. Cis..cis..

”Itu dulu... erm.. cikgu buat apa sekarang?” aku mengalihkan topik perbualan. Karang, asyik aku saja yang terkena.

”Betul kata awak..itu dulu. Sekarang saya tengah sibuk menguruskan soal rumah tangga..” dia tersenyum sendiri. Aku mengerut dahi. Rumah tangga?? Eh..dia nak kahwin ke? Ke..dah kahwin? Uwaaa...... abih aku ni macam mana? Aku hanya diam.

“Saya carik awak ni, nak jemput ke majlis perkahwinan saya. Kebetulan kita dah jumpa kan..penat saya tunggu awak..” ujarnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Apasal nak tunggu aku pulak? Bukan aku yang tunggu dia ke?. Oooo..baru nak kahwin. Setelah hati aku dianyam dengan kata-kata manis dan indah sebentar tadi..sekarang dia robek-robekkan pula jadik cebisan halus dan di hiris-hiris dengan pisau.

”Ain.. ain..” dia mengibai-ngibai tangannya di depan wajahku. Aku sugul. Tapi cuba buat-buat gembira.

”Tahniah cikgu.. moga cikgu bahagia..” hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku nak menangis nih.

”Awak sedíh sebab tak dapat hantar rombongan meminang saya yer?” dia senyum lagi. Nak aje aku tarik-tarik muka dia tu. Perli-perli aku pulak.

“Ni kad jemputan saya.. datang ya..” tuturnya untuk kali terakhir dan berlalu. Tinggallah aku termangu-mangu di situ. Dia blah macam tu je ke?

Perlahan-lahan aku buka sampul kad tersebut. Siapa lah gadis bertuah itu. Air mata hampir menitis tapi ku tahan jua. Ni kad jemputan ke..kad apa nih. Macam kad kanak-kanak tahun satu jer. Kad manila yang di tampa-tampal dengan bunga-bunga menggunakan kertas warna. Tak verstail langsung.

Assalamualaikum...

Nur Ain Khalilah..
Berakhir sudah penantian saya selama ini. Terima kasih kerana menunaikan impian saya..erm..sebenarnya impian kita.

Ain ..
Nampaknya..cinta memang milik kita. Saya berbangga kerana awak berjaya buktikan bahawa keputusan yang awak buat bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Awak memang dah berjaya sekarang. Saya pula yang rasa kerdil untuk berada di samping awak.

Ain...
Awak adalah pelajar kebanggaan saya... sering mengisi mimpi-mimpi dan mewarnai hidup saya. Awak adalah pelajar saya yang baik dan cemerlang..dan tak mustahil juga awak akan jadi isteri saya yang baik dan Jcemerlang juga kan?

Love;
Ibrahim Idham

Aku terpaku menatap kad tersebut. Segera aku mencari kelibat dia. Mana..mana dia pergi?.

”Saya di sini” aku berpaling.. dia berdiri di belakang aku. sekuntum bunga di hulurkan pada aku. Aduh..romantiknya. Macam dalam drama pulak.

”Ada saya kata nak terima ke?” soalku serius. Saja jual mahal. Geram dengan kejutannya.

”Tak nak tak pe. Saya bagi makcik kantin tu..” dia menjuih mulutnya kearah kantin sekolah.

”pergilah..” kataku masih berlagak selamba. Aku sempat melirik jam tangan yang di pakainya. Aku terkesima. Jam yang sama aku hadiahkan padanya semasa kali terakhir aku berjumpa dengannya di bilik guru sewaktu hari terakhir peperiksaan SPM. Ibrahim...Ibrahim....kenapa mesti tunggu masa selama ini kalau kau juga ada perasaan yang sama seperti aku. Bisikku dalam hati.

”Jangan marah sayangg...” dia menggenggam erat jari jemariku. Nasib baik la dekat depan sekolah ni tak ada orang..kalau tak, maunya aku sorok kepala dalam baju.

”Lama ke awak tunggu saya tadi” soalku sambil mencapai jambangan bunga yg di hulur.

”hari-hari saya tunggu pun tak pe. Tapi yang dekat rumah tu..lagi kesian tunggu awak tau..” katanya membuatkan aku hairan. Dia tersenyum penuh makna. Ni mesti nak kenakan aku lagi nih.

”dekat rumah?? Sape?” soalku pelik.

”rombongan saya yang datang untuk meminang awak la..” selamba dia menjawab dan mengheret aku ke keretanya.

”Hei...awak biar betul??!!” aku cubit geram lengannya. Dia terjerit diselangi ketawa besar. Memang gila. Aku ingat aku yang gila dulu..tapi sekarang, dia lagi gila.

Dan untukmu sekolahku yang tercinta, sejuta bakti yang engkau curahkan sudah pun terhasil dalam melahirkan insan berguna seperti aku. Terima kasih seadanya..akan ku semat kemas-kemas segala kenangan yang berlaku di lipatan memori. Dan untukmu cikgu..kaulah pendidik...kaulah kekasihku.

Mak....anak mak nak kahwin!!!!



Aku masih di sini kekasih
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cinta ku masih lagi di sini
Masih berbunga menantikanmu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapi ku tetap pencinta yang setia

Dan aku masih lagi di sini sayang
Masih setia menanti dirimu
Kerna kita pernah sayang menyayang
Ku harap cinta mu tak akan pudar

Dan ku masih menanti dirimu
Masih segar menanti segalanya
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Akan hancur hati ku kerna kamu

Aku masih di sini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pencinta yang setia

Dengarkan kasih
Lagu ku ini
Kerna diriku
Pencintamu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KAU WANITAKU


Aku terpesona olehmu
Terhanyut oleh rayuan kecantikanmu
Yang selalu kau tebar di setiap waktu
Dan bayangmu yang tak kunjung lepas dari benakku…..
Diriku seakan kaku
Dan tak berdaya ketika lihat kamu
Menyorotkan kedua bola matamu
Dan kedua bola matamu seakan menghipnotisku…..
Dan kedua pipi merahmu
Memberikan warna dalam hidupku
Memberi kejutan di setiap waktuku
Berikan sinar terang dalam hidupku………..
Mampukah orang seperti aku
Memiliki hati wanita seperti kamu
Andai aku bisa akan kujaga dengan kasih sayangmu
Dan ku buat dengan kasih sayangku…………..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


sepi dan sunyi...itulah hidup ku...
tatkala guruh datang berkumandanglah jiwa ini...
duduk ku sendirian...tanpa teman dan kawan...
hanya sesekali datang mengintai ruang room ku...
tatkala aku sendiri...
menjelma berbagai rupa...
aku tersenyum...melihat gelagat mereka...
sesekali aku menyapa...
ada juga insan yang suka...
yahooo....gembira rasanya...
usik ku usik nya...
membuat senyum di bibir...
hari selang berganti...
dengan dorongan adik sejati...
aku mencuba...apakah berhasil nanti?
ingin ku kenali...ingin ku miliki...
insan yg sering membuatku happy..
aku yahooo...aku yahooo...
kerna hasil nampak berputik...
ku ikat dgn ikatan...dan di tambah dengan pinangan..
senyum ku...senyum mu...itulah kenangan...
walau hanya...di kaca komputer...
kau tetap akan ku jaga...
kerna....kau...
aku gembira...
yahooo ku rasa...kerna kau...insan tersayang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BILA HATI BERKATA2


bagai tidak boleh di pisahkan
tatkala ia datang membayang
tidak makan bagai kenyang
sesekali lesu yang datang
berkata lah hati dgn sayang
bicara hari mengungkai kata
walau pun bisu namun hati tetap mencetuskan rasa
tautan hati yang membisikkan kata-kata dua hati
kata-kata puitis untuk di sayangi, dicintai dan dirindui
mata yang memandang membangkitkan makna rahsia hati
kerana cinta dan kasih sayang tidak perlu berahsia
moga dua hati suci akan bertautan
melakari hari- hari mendatang penuh kebahagiaan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SANG BULAN



ku toleh ke belakang....penuh kenangan...
ku hadap ke depan...penuh debaran...
ku dongak...ku renung...sang bulan....
terang....menampakkan cahaya...
aku tenang...
ku toleh ke belakang...penuh kenangan...
ku hadap ke depan..penuh debaran...
akan ku sauk...akan ku tempuh...kerna aku tenang...
dengan mu bulan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AIN SOLEHAH


Aku termenung di jendela kamarku. Hujan turun renyai-renyai. Ayam dan itik peliharaan ibuku lari bertempiaran sejurus hujan turun dengan lebat. Beberapa ekor katak menyanyi-nyanyi memanggil hujan. Aku masih lagi termenung di jendela kamarku sehingga percikan air hujan memasuki kamar tidak aku sedari. Setitis demi setitis air hujan terkena di lenganku ku biarkan begitu saja.

“ Syawal…Kamu kat mana? Makanan dah lama ibu hidang. Kenapa tak datang makan lagi?” jerit ibu dari ruang dapur.

Lamunanku terhenti. Masya Allah…Hujan lebat. Baru ku sedar. Aku menutup tingkap kamarku dan keluar menuju ke dapur. Ibu sedang leka menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

“ Waduh…mesti best punya ibu masak ikan keli pedas kegemaran Along,” kataku.

“ Yelah, Syawal tu bukannya selalu nak balik rumah. Asyik sibuk dengan kerja je. Sebab tu ibu masak sedap-sedap hari ni”.

Aku cuma diam mendengar kata-kata ibu. Apa yang dikatakan oleh ibu memang betul. Aku jarang balik ke rumah sekarang. Sibuk dengan kerja-kerjaku di hospital, sehinggakan rumahku sendiri juga aku jarang pulang.

“ Syawal…kerja tu kerja juga, jangan sampai kita nak ubatkan sakit orang kita yang sakit. Amal ibadah ke mana? Ibu tak nak anak ibu terlalu mengejar kejayaan sampai lupa diri sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni." Leter ibu dalam telefon selepas menelefonku di hospital.

Kebiasaannya aku banyak mendiamkan diri setiap kali ibu marah atau berleter. Aku tersedar. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu sebenarnya betul. Aku kadang-kadang leka dengan tugas sehingga mengabaikan solat sunat yang selalu aku lakukan sebelum ini. Dulunya aku banyak membaca al-Quran dan mentadabburnya. Setiap malam minggu aku akan melakukan qiyamullail di rumah ataupun di masjid. Ke mana pergi semua itu? Betul cakap ibu, kerana terlalu mengejar cita-cita aku lupa asal usulku yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. Astaqfirullah…Aku bersyukur kerana aku tidak hanyut terlalu jauh. Ampunkan aku Ya Allah.

“Syawal cuti seminggu ibu, ibu nak ajak Syawal pergi mana? Nak pergi tengok angah dan achik kat asrama? Ataupun ibu nak ajak Syawal pergi shopping," tanyaku kepada ibu sambil memeluk bahunya.

“Apa kata kita pergi rumah Mak Long. Mak Long kata dia dah lama tak tengok Syawal. Rasanya dah hampir setahun. Diapun bukannya berapa sihat sangat.”

Aku cuma mengangguk tanda setuju.

“Angah dan Achik kat asrama tu macam mana ibu? Ok ke pelajaran mereka?”

“Angah sekarang ni tengah percubaan STPM, Achik pula sibuk berlatih debat untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Mereka pun jarang balik. Tinggallah ibu sorang-sorang…

Aku memandang ibu penuh kesayuan. Aku tahu ibu sunyi sejak dua tahun ayah meninggalkan kami. Aku di Kuala Lumpur, adik-adikku pula berada di Terengganu. Tinggal ibu keseorangan di Kedah. Pernahku ajak ibu tinggal bersama, tapi katanya dia lebih bahagia tinggal di kampung kami, menjaga ayam dan itik peninggalan ayah. Aku akur dengan keputusan ibu. Tapi aku percaya ibu seorang wanita yang tabah dan cekal.

---------------------------------*-----------------------------

Suasana di halaman rumah Mak Long juga sunyi. Sudah hampir setahun aku tidak pernah datang ke rumah Mak Long, walaupun jarak di antara rumah Mak Long dan ibu hanya 35 kilometer. Aku memandang di sekeliling rumahnya. Masih seperti dulu. Bersih dan pasu-pasu bunga di susun rapi di setiap sudut luar rumah.

“Assalamualaikum…

“Waalaikumussalam…Ooo…anak buah Mak Long, Lamanya Mak Long tak tengok. Makin kacak sekarang,” jerit mak Long sambil memeluk aku. Dia mencium aku berkali-kali. Melepaskan kerinduan.

Aku sekadar tersenyum dan mencium tangannya.

“ Mak Long sihat? Syawal pun rindu pada Mak Long. Mana yang lain. Sunyi saja rumah ni?”

“ Mak Long macam nilah. Kadang-kadang tu batuk-batuklah juga. Maklumlah dah tua ni. Pak Long kamu pergi ke kebun, Kak Ita dah pindah ke Pulau Pinang, beli rumah kat sana, yang lain-lain dok asrama. Tinggal Mak Long dan Pak Long je kat rumah ni.”

“Kata Kak Long Siah nak datang, mana dia?” tanya ibu.

“Kejap lagi datanglah tu.”

Ibu dan Mak Long meninggalkan aku seketika di ruang tamu. Akupun tak tahu ke mana mereka pergi. Aku membelek-belek akhbar hari ini. Boring pula bila sorang-sorang di ruang tamu. Aku berjalan ke dapur. Ibu dan Mak Long sedang leka memotong ubi kayu di luar rumah. Aku keluar seketika untuk melihat mereka.

“Mak Long…nak buat apa dengan ubi kayu tu. Banyak sangat tu. Mak Long nak jual ke nak buat kerepak?” tanyaku.

“Ada orang nak datang ambil kejap lagi. Cikgu tadika kat kampung ni. Rajin dia tu. Pagi mengajar, petang buat kerepek untuk dijual,” cerita Mak Long.

Aku sekadar mengangkat kening. Dari jauh kelihatan Mak Usu datang dan ditangannya penuh beg plastik. Entah apa yang dibawanya. Aku melambai-lambai dari jauh ke arah Mak Usu. Mak Usu tersengih-sengih.

“Assalamualaikum…

“Waalaikumussalam. Mak Usu sihat ke? Mana adik-adik?”

“Sihat… Amboi anak buah Mak Usu sekarang ni semakin lawa, maklumlah doktor. Ni bila nak kahwin? Kawan-kawan Syawal semua dah kahwin. Adik Shahrul kamu pun dah bertunang, kamu ni bila lagi. Nak tunggu kucing bertanduk,” kata Mak Usu dengan nada lantang.

Aku mengangkat kening. Seminit kemudian aku tersenyum memandang Mak Usu.

“Kau ni Siah, mulut tu bukan nak reti jaga. Ada jodoh kahwin lah dia,” marah Mak Long.

“Saya bukan apa Kak Long, Kak Ngah, risau budak-budak sekarang kalau tak bagi kahwin awal, takut jadi benda tak senonoh,” balas Mak Usu.

“Syawal ni dah besar panjang. Jangan kau nak risaulah. Ni mai tolong aku timbang ubi kayu ni pun ada juga faedah.”

“Duit tu Kak Long bagi kat saya sikit. Tak dak duitlah sekarang ni. Ha…kot boleh pinjam sikit kat anak buah ni. Tak pun bagi saja,” Pinta Mak Usu.

Mak Long menjeling tajam ke arah Mak Usu. Mak Usu melarikan pandangannya. Aku sekadar memerhatikan mereka.

“ Kau tu memanjang tak ada duit, awal bulan tak ada duit, tengah bulan tak ada duit, hujung bulan pun tak ada. Apa yang kau buat dengan duit gaji kau tu pun Kak Long tak tau,” marah Mak Long.

“Alah, Kak Long ni, saya nak gurau je ngan Syawal ni. Cepatlah bagi ubi tu pada saya.Nak tengok berapa kilo.”

Aku masuk semula ke dalam rumah.

“Assalamualaikum…

“Waalaikumussalam…

Aku termangu seketika. Seorang perempuan muda sedang berdiri di pintu hadapan rumah Mak Long. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Wajahnya begitu mempersonakan tatkala pandangan pertamaku. Cantik bertudung dan wajahnya kelihatan begitu ayu dan lembut sekali. Astaghfirullah…Jangan Kau hampiri kepada zina. Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini. Tundukkan pandanganmu, jangan sampai panahan syaitan dapat menguasaimu.

“Mak Long ada?" Soalnya lembut.

Aku masih lagi melayan perasaanku sendiri. Aku tunduk di lantai.

“Encik…Mak Long Sofiah ada tak,” soalnya sekali lagi.

“Oh….Ain…masuk. Kenapa tunggu kat luar? Syawal…kenapa tak suruh Ain masuk.

Aku menggaru-garukan kepalaku tanda malu. Mak Long tersenyum sinis melihat gelagatku yang gelabah semacam. Aku tak pasti kenapa pertama kali aku melihat Ain, hatiku berdebar-debar. Hatiku bergoncang kuat. Ya Allah…Inilah…Inikah…Aku serahkan kepadaMu ya Allah.



Pagi ini aku tidak senang duduk. Aku masih teringat kejadian di rumah Mak Long. Aku termenung lagi di jendela kamarku. Hatiku berbunga- bunga. Tersenyum sendiri. Ibu yang sibuk mengejar ayam dan itik memerhati aku dengan penuh kehairanan. Aku tersenyum kepada ibu. Ibu menghampiriku di jendela kamar.

“Ni kenapa tersenyum sorang-sorang?” tanya ibu.

“Tak ada apa-apa. Ibu cepatlah masuk. Syawal nak sembang-sembang dengan ibu.”

Ibu menggeleng-gelengkan kepala. Selesai memasukkan ayam dan itik ke dalam reban, ibu masuk ke dalam rumah. Aku tersenyum lebar memandang ibu. Ibu kehairanan.

“Kenapa la anak ibu ni asyik senyum je hari ni. Mabuk cinta ke?” Tanya ibu sambil mengusap-usap kepalaku.

“Ibu…Ibu kenal dengan Ain yang datang rumah Mak Long hari tu?

“Kenapa Syawal tanya pasal dia?”

“Syawal tanya, ibu kenal tak?”

“Syawal berkenan dengan si Ain tu ye?

Aku tersenyum malu dengan pertanyaan ibu.

“Syawal…apapun minta petunjuk daripada Allah dulu. Kalau itu yang terbaik untuk Syawal, insya Allah, ibu akan uruskan.” Balas ibu lalu mencium dahiku.



Aku menarik nafas lega. Hari ini aku memulakan tugasku semula di hospital. Ramai pesakit yang menanti rawatan daripadaku. Penat rasanya. Seminggu bercuti kurasakan terlalu sekejap. Tapi, inilah tanggungjawabku. Tanggungjawab yang Allah amanahkan kepadaku. Aku tidak boleh persia-siakannya.

“Doktor, belum balik lagi?” tanya salah seorang kakitangan hospital.

“Malas nak balik awal, traffic jam. Baik siapkan kerja. Lepas Isya’ baru balik,” balasku.

“Betul tu doktor. Kalau naik motor macam saya ni lain la sikit, bolehlah mencelah-celah.

Aku cuma mengangguk.

Aku membasahi wajahku dengan wuduk. Nikmat yang dapat kurasakan qiyamulail yang telah lama aku tinggalkan. Ya Allah…Pagi yang syahdu ini aku sujud dan memohon pertolonganmu Ya Allah. Hanya Engkau saja tempat untukku Mengadu. Ya Allah…jika dia yang terbaik telah Kau jadikan untukku dan AgamaMu maka permudahkan urusan untuk kami ya Allah, jika sebaliknya ya Allah aku mohon keizinanMu agar tunjukkanlah kepada kami. Aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Kami.



Aku benar-benar bersyukur kerana Allah telah tunjukkan jalan yang terbaik untukku dan Ain Solehah. Seminggu lagi kami akan melangsungkan perkahwinan.Namun, ada sahaja mulut-mulut yang tidak menyenangi perkahwinan yang bakal kami langsungkan, terutamanya Mak Usuku. Sebak dan terguris hatiku mendengar kata-kata Mak Usu. Ibu banyak memberikan kekuatan untukku. Inilah dikatakan dugaan. Allah mahu menguji sejauh mana aku mampu untuk menghadapi semua ini.

“Hai, anak buah Mak Usu nak kahwin dengan cikgu tadika je ke, macam dah tak ada perempuan lain. Syawal tu doktor, mana layak dengan cikgu tadika, jual kerepek pula tu, malulah keluarga kita kalau macam ni,” sindir Mak Usu.

“Siah, jaga sikit mulut kau tu. Walaupun dia tu hanya cikgu tadika, tapi hati dia mulia, baik hati, hormat orang tua-tua. Jangan mudah nak hina orang. Cermin diri kita tu sama,” marah Mak Long.

“Kak Long jangan nak membela perempuan kotor macam tu, Kak Long tak ingat kisah setahun lalu…” ungkit Mak Usu.

Aku menjadi bingung. Kisah setahun lalu? Kisah apa yang mereka rahsiakan kepadaku? Aku semakin tidak senang duduk. Kenapa seminggu lagi aku akan melangsungkan perkahwinan perkara ini baru diungkitkan? Apa semua ini? Ah…fikiranku mula keliru.

Ibu masih lagi mampu bertenang dengan kata-kata Mak Usu. Mak Long semakin naik angin dengan sikap Mak Usu. Sebolehnya Mak Usu tak nak aku berkahwin dengan Ain. Katanya, setahun dahulu kampung mereka kecoh dengan peristiwa rumah Ain dimasuki lelaki dan dia hampir diperkosa. Aku pelik, kenapa Ain dipersalahkan, sedangkan mengikut cerita Mak Long Ain tidak bersalah, dia telah difitnah. Semasa peristiwa itu Ain hampir-hampir diperkosa, bukannya telah diperkosa. Jika dia diperkosa sekalipun, itu bukan salah dia. Mak Usu sebenarnya memang tidak suka aku berkahwin dengan mana-mana perempuan, dia lebih suka aku berkahwin dengan anaknya. Mustahil bagi aku.

“Ibu, kenapa semua ini diungkit lagi? Esok hari perkahwinan Syawal. Syawal tak nak Mak Usu bising-bising masa majlis itu nanti. Malu Syawal, malu Ain nanti,” pintaku.

Ibu memeluk bahuku. Dia cuba menenangkan fikiranku yang semakin buntu.

“Syawal, Syawal kena banyak banyak bersabar dalam hal ini. Kalau dia nak bising sekalipun, biarlah. Apa yang penting Syawal dan Ain selamat dinikahkan nanti. Mulut tempayan senanglah kita nak tutup, ini mulut manusia. Syawal jangan fikir semua itu. Minta Allah permudahkan untuk Syawal dan Ain nanti dan juga Majlis pernikahan itu nanti,” nasihat ibu penuh bermakna buatku.

Aku memeluk ibu. Ibu sekali lagi cuba menenangkan aku.

Hari ini hari pernikahanku. Semuanya berjalan dengan lancar atas izin Allah. Aku bersyukur kepada Allah kerana memudahkan perjalanan majlisku ini. Aku mencium tangan ibu dan Mak Long serta Pak Long selepas selamat diijabkabulkan. Aku memandang ke arah Ain yang cantik dalam pakaian jubah putih berkerawang emas serta tudung ala-ala wardina. Aku menyarungkan cicin emas bertakhta berlian di jari manis Ain. Dia mencium tanganku. Aku merasai setitis mutiara jernih dari kelopak mata Ain jatuh di tapak tanganku. Aku menyapunya perlahan-lahan. Aku tahu…Ain terharu dan gembira setelah kami selamat diijabkabulkan. Kami sekarang telah sah menjadi suami isteri.

Aku tidak mampu menerima kata-kata Mak Usu. Pelbagai kejian dan cacian yang dilemparkan kepada Ain. Aku tahu, Ain seorang yang tabah dan sabar. Namun, aku tidak mampu bersabar dan tidak dapat menerima kejian-kejian itu dilemparkan kepada Ain.

“Tak sangka pula orang tu cikgu tadika je boleh kahwin dengan doktor. Apa ubat yang digunakannya entah? Kalau cikgu tadika ni layaknya dengan tukang kebun sekolah je. Hei…tak tahu lah pula orang tu tak sedar diri,” sindir Mak Usu di hadapan Ain dan aku semasa kami sedang makan tengah hari bersama-sama di rumah Mak Long.

Aku seperti hilang sabar. Belum sempat aku menepuk meja makan itu, Ain memegang tanganku dan menggelengkan kepalanya. Dia membasuh tangan dan menghulurkan air kepadaku. Aku minum lalu membasuh tanganku. Ain bangun dan menghampiri Mak Long.

“Mak Long balik dulu ye, Insya Allah lain kali kami datang lagi,” ucap Ain sambil bersalaman dengan Mak Long.

Ain menghampiri Mak Usu. Dia menghulurkan tangan, tapi Mak Usu memalingkan mukanya ke arah lain. Aku manjadi semakin marah dengan tindakan Mak Usu. Dengan pantas aku menarik tangan Ain dan keluar dari rumah Mak Long.

Sepanjang perjalanan Ain cuma diam. Aku memerhatikan dia. Mulutnya tidak putus-putus berzikir kepada Allah.

“Ain, abang sakit hati betul dengan Mak Usu. Macam tu sekali dia tuduh Ain. Abang tak sabar bila dengar orang hina Ain, isteri abang. Mak saudara sendiri pula tu,” marahku.

Ain memegang tanganku lembut sambil mengurut dadaku.

“Abang, inilah ujian Allah kepada kita. Kita memang senang bercakap pasal bersabar, tapi Allah nak uji sejauh mana kita meletakkan kesabaran itu. Allah bersama-sama orang yang bersabar. Ain tak kisah apa orang nak cakap pada Ain, yang penting Ain bahagia kalau abang meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Ain. Kita doakan Mak Usu, semoga Allah buka pintu hatinya dan bantu dia ye abang…” pinta Ain penuh kelembutan yang bisa meluluhkan pintu hatiku.

Ya Allah…Aku benar-benar bersyukur kepadaMu kerana menganugerahkan Ain Solehah dalam hidupku. Betapa aku perlu banyak belajar dari kesabaran yang ada dalam dirinya. Ya Allah…peliharalah bahtera yang kami layari ini dalam redhaMu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEPI

Malam bertemankan ketakutan
Siang berkawankan kepanasan
Gelap bernyawakan bulan
Terang berpelukkan bayangan
Menanti ku menanti penuh kesabaran
Namun, secebis kejujuran tidak dinyatakan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sALam PagI.. ^_^

Semalam ku tinggalkan bersama sejuta lambaian
Berharap dinihari tiada lagi tangisan embun pagi
Merangkak mentari disirami hujan
Berharap pelangi tak tercalar lagi
Salam pagi pembaca yang dihormati
Kala pagi berikan aku satu senyuman.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Silat Gayong, Seni Bela Diri dan Perisai Orang Melayu

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan. 

 Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit). 

 Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut. Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan silat. Tetapi cuma beberapa yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu mencapai tahap ini. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri. Tetapi umumnya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan. 

 Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CINTAKU UNTUK SIAPA BAB 1

"Hafiz, bulan depan ada program untuk pelajar tahun akhir kat sini. Kau join sekali tak?” Azam memandang sekilas ke arah temannya sebelum dia mengadap kembali kerja-kerjanya. Kerja kursus perlu disiapkan segera. Amaran Encik Adam masih terngiang-ngiang di telinganya. Gerun bila memikirkan wajah guru bahasa arabnya yang menyinga pagi tadi. Sememangnya dia dikenali seorang yang garang dan tegas.

Mestilah aku ikut, kau ni pun satu Zam. Tak kan tak tahu aku mana pernah miss kalau ada program macam ni. Ini Loqman Hafiz la….” 

“Yela..yela, aku tau la. Lagipun kau nak jumpa buah hati kan”.Azam bingkas bangun duduk bersama-sama Hafiz sambil menikmati minuman petang. Lega rasanya selepas sehari suntuk mengadap komputer. 

“Aku tau kau syok kat.. apa nama? Harnida? Harmida?” Azam menyambung kata-kata bila dilihat Hafiz tidak memberi sebarang respon. Dahinya berkerut memikirkan nama yang sering disebut Hafiz kebelakangan ni. 

“Maksud kau Harlida? Hafiz mencelah diiringi dengan gelak ketawa. Geli hatinya melihat telatah temannya itu. Azam memang seorang rakan yang baik. Hubungan mereka sudah seperti adik beradik. Mereka berkawan dari sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Sekarang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi mereka akan meninggalkan Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas (MAAS), sekolah yang hampir lima tahun mereka menimba ilmu. Terlalu banyak kenangan mereka di sini. Hafiz masih ingat, beberapa bulan yang lepas Azam sering tidak datang ke kelas. Bila ditanya dia selalu mengelak. Bukan niatnya untuk campur tangan hal-hal peribadi sahabatnya itu tapi sebagai kawan salahkah dia ingin tahu? Kalau perlu dia akan cuba untuk membantu sekadar yang termampu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSYUKURLAH DENGAN DIRINYA...

Wahai Insan,
Jika kamu memancing, dan umpan kamu telah terkena,
Maka naikkanlah ia ke darat,
Dan jangan sesekali kamu lepaskan semula ia ke dalam sungai,
Kerana sakit dan bisanya luka terkena mata kail mu yang tajam...


Begitu juga jika kamu telah menerima seseorang,
Sayangilah dan setialah padanya,
Janganlah kamu meninggalkan dirinya sesuka hati kamu,
kerana sakit dan pedihnya tidak kamu rasai...


Sesungguhnya hidup ini memang umpama roda,
Hari ini kamu di atas, kelak kamu pasti akan berada di bawah,
Di tempat orang yang kamu telah khianati janji-janji kamu...


Jangan diharap pembetung itu begitu kuat,
Kerana sampai masa ia pasti akan retak..
Dan kamu kecewa kerana ia tidak seperti yang kamu harapkan...


Begitu juga dengan manusia...


Jangan mengharapkan seseorang itu terlalu baik dan sempurna untuk kamu,
Kerana kelak pasti akan ada kesilapan yang dia lakukan kepada kamu,
Saat itu kamu akan kecewa kerana dia tidak sempurna seperti yang kamu harapkan...


"Apa yang kamu suka kadang-kadang buruk untuk kamu, dan apa yang kamu benci kadang-kadang baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"...


(Al-Baqarah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potret Cinta

Bila perlu aku kau dakapi

Bila perlu aku kau cari
Bila perlu aku kau sanjungi
Bila perlu aku kau kasihi
Bila perlu aku kau tangisi
Bila perlu aku kau bayangi
Bila perlu aku kau say I love you
Tapi kini satu perkataan yang bisa ku ungkapkan
Di mana janji-janji mu bila kau di atas???

Pasrah di lurah mimpi
Benak hati tak berbaki
Namun inginku dampingi mu
Biar pun ditawani rantai
Berkuncikan hati yang mati
Namun aku tetap begini

Seloka kata umpama coretan lukisan
tercalar hati ungkapan gambar
itulah diriku yang berdiri sendiri
Tapi lukisan tak sudah kata-kata bila berbicara
Percayalah semua itu hanya lakonan
Di pentas dunia semata-semata

Maaf kerna kau lukisan
Bercorakkan perasaan yang sentuhannya
tak bisa ku rasakan
Namun, hati saja yang yakin
terokai ke dasar ayunan sebuah potret

Noktahkanlah titik permulaan bicara
Kerana hati sering mengerling permata
tah bila nan berderai
di arena cerita

Aku terlalu sepi nan potret
menusuk ke dalam minda yang gelap
Namun kotak hati sering kali
Dilegari bermacam-macam titik noktah
Cerita kita...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WARISAN SENI JOHOR..



Tarian zapin merupakan persembahan berbentuk muzikal tari yang menterjemahkan nilai-nilai sejarah, kesenian dan adat yang diamalkan masyarakat Melayu sejak dulu seperti berzanji, memotong jambul, berkhatan, nikah kahwin dan sebagainya.Ia juga merupakan suntikan elemen yang mempunyai unsur-unsur energetik terhadap muzik dan tariannya mengikut peredaran semasa tanpa mengabaikan keaslian zapin itu sendiri.


Tarian zapin amat terkenal di negeri Johor dan merupakan warisan turun-temurun di situ, diikuti dari negeri-negeri lain yang turut mengikut langkah mereka untuk mengangkat kebudayaan dan kesenian masing-masing.


Warisan negeri Johor yang terkenal dengan tarian zapin ini telah banyak menghimpunkan versi-versi zapin antaranya ialah zapin Putar Alam, zapin Pekajang, zapin Tenggelu, zapin Lenga Batu 28, zapin Sri Bunian, zapin Padang Sari, zapin Sarawak dan zapin Terengganu.


Jenis-jenis zapin inilah yang diangkat oleh kerajaan Johor dengan setiap kajian menyeluruh dijalankan agar penonton kelak tidak menerima sebarang kesalahan fakta dan maklumat. Manakala lagu-lagu yang pernah dibawakan bersama tarian zapin ini seperti lagu yang bertajuk Dodoi Anak, Mentera Semerah Padi, Awal Bismillah dan lain-lain.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROLOG

Oktober 2010, genap empat tahun Aiza berada di rantauan. Dua bulan lagi dia akan pulang ke tanah air tempat yang penuh bersejarah dalam hidupnya. Aiza termenung sendirian di birai katil sambil membelek- belek album kesayangannya. Bibirnya menguntum senyuman sebaik terpandang sekeping gambar miliknya bersama rakan sebiliknya, Darlina. Aiza masih ingat bagaimana pertemuan mereka pada kali pertama dia menjejakkan kaki di sini.

“Adoi! Hei buta ke?”

“Ma… maaf cik, saya tak sengaja. Saya…

“Ah, sudahlah… kau ingat kaki aku ni ape? Senang-senang je nak pijak. Apalah malang nasib aku hari ni”. 

Gadis itu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Aiza. Langsung tidak terniat di hatinya untuk menyakiti gadis itu, tambahan pula dia perlu menyesuaikan diri di sini. Niat di hati mencari kawan tapi sebaliknya pula yang berlaku. Aiza merasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. 

Selepas selesai melapor diri, Aiza dan beberapa penuntut baru yang lain menuju ke bilik masing-masing. Kalau tidak silap, mereka akan berkongsi bilik dengan beberapa penuntut yang lain… Ah! Tak kisahlah asalkan matlamatnya tercapai. 

Aiza terpegun melihat keunikan bangunan-bangunan di sini. Buatannya begitu halus dan cantik jauh berbeza dengan sekolahnya satu ketika dulu. Impiannya untuk belajar di situ akhirnya tercapai jua. Aiza tidak putus-putus mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana masih memberi dia peluang untuk melanjutkan pelajarannya. Walaupun agak lewat dan masalah kewangan yang selalu menjadi punca pelajarannya tertangguh tapi akhirnya dia tetap berjaya.

Beberapa minit kemudian, Aiza sampai ke asrama. Langkahnya terhenti di depan sebuah pintu. Sekali lagi dia melihat pada kunci pintu bilik yang di berikan oleh pegawai yang bertugas semasa pendaftaran tadi. B3-5-3, ya.. memang sah itulah biliknya. Aiza lantas memulas tombol pintu perlahan-lahan. 

Suasana sunyi sepi. Matanya melilau memandang keadaan sekeliling. Dia berjalan ke arah dapur bertentangan dengan pintu utama. Di situ terdapat banyak makanan seperti biskut, kerepek, makanan segera dan bermacam-macam jenis air. Semuanya tersusun rapi.Dia melangkah pula ke arah tingkap di rung tamu dan meletakkan begnya di situ. Di sudut sebelah kanan tingkap terdapat satu meja belajar yang masih kosong. Pasti ia bakal menjadi miliknya nanti. Bertentangan dengan meja itu terdapat satu lagi meja yang penuh dengan buku-buku. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar di atas meja tersebut. Aiza melangkah perlahan dan entah mengapa hatinya tertarik untuk mengambil bingkai gambar itu. Terdapat satu ukiran nama di bahagian atas yang di ukir indah dalam tulisan khat. “Darlina, cantik nama nie”, getus hati kecilnya. 

Aiza mengamati pula wajah perempuan dalam gambar tersebut. Dahinya berkerut sedikit. ”Wajah ni macam aku pernah lihat. Tapi kat mana eh.” Otaknya ligat berfikir tetapi tiada jawapan. 

“Hei, letak balik gambar aku tu!”

Aiza segera berpaling ke arah suara tersebut. Mukanya pucat lesi tidak tahu apa yang bakal berlaku. Tak disangka dia akan berkongsi bilik dengan perempuan yang telah mencetuskan pergaduhan dengannya pagi tadi. 




Peristiwa itu sudah lama berlaku. Kini mereka adalah sahabat baik. Darlina gadis yang agak manja, peramah dan lincah tapi sikap Darlina yang suka melenting kadang-kadang merimaskan Aiza. Namun, dia tidak kisah semua itu. Dia tahu segarang-garang Darlina, hatinya baik dan agak sensitif. 

Aiza membelek albumnya helaian demi helaian. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar, hatinya bergetar hebat. Wajah itulah yang sering mengganggu tidurnya. “Ah! Kenapa aku masih merinduinya? Empat tahun bukan satu masa yang singkat. Pasti dia sudah punya kekasih atau mungkin juga sudah beristeri barangkali. Tapi kenapa sampai sekarang aku tak boleh lupakannya?”Kenangan bersamanya bagai baru semalam berlaku. Moga kau bahagia, sayangku! Hatinya merintih sayu bersama linangan air mata. Aiza pasrah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SINOPSIS

Aiza Aisyah, seorang gadis serba sederhana yang mementingkan kejujuran dan kesetiaan. Hidupnya diwarnai dengan kasih sayang keluarga dan keakrabannya bersama teman-teman.
Keluarganya adalah tunggak kehidupan. Aiza merupakan harapan keluarga untuk membaiki dan memberi sinar dalam hidup mereka. Mereka menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Aiza berjaya ke menara gading. Namun, kesempitan wang yang dialami dan masalah yang melanda keluarganya memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya….

PERSAHABATAN… hubungan akrab Darlina, Aiza, Aleeya dan Husna akhirnya dilanda badai apabila kehadiran Natasya menimbulkan konspirasi. Akhirnya Darlina mengundur diri untuk memperbaiki keadaan. Tapi sayang, tindakannya itu disalah ertikan. Akhirnya mereka pasrah, hanya kedengaran tangisan tanpa melodi.

APABILA hati terpaut, bibir menguntum senyuman, mata mengikat janji setia… Hafiz jejaka yang telah lama menaruh hati pada Aiza. Kerana ego dia sanggup menahan rasa hati. Aiza yang keliru memaksa dirinya untuk bertanya.
“Engkau adalah yang teristimewa di hatiku”. Adakah itu lamaran cinta? Perlukah dia serahkan sekeping hati miliknya sedangkan keluarganya memerlukan dirinya? Atau membiarkan Hafiz terus menanti jawapan yang belum pasti? Bagaimanakah pula dengan rakan-rakannya?

BERBAGAI persoalan bermain di mindanya. Dia pasrah… konflik yang dialami membuatkan dia terperangkap, antara cinta dan cita-cita manakah yang perlu didahulukan… cintanya kepada keluarga, sahabat atau kekasih hatinya???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cintaku untuk siapa

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan
 hati yang kadangkala boleh menjahanamkan
 diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik

 berlandaskan kenyataan"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS