"Hafiz, bulan depan ada program untuk pelajar tahun akhir kat sini. Kau join sekali tak?” Azam memandang sekilas ke arah temannya sebelum dia mengadap kembali kerja-kerjanya. Kerja kursus perlu disiapkan segera. Amaran Encik Adam masih terngiang-ngiang di telinganya. Gerun bila memikirkan wajah guru bahasa arabnya yang menyinga pagi tadi. Sememangnya dia dikenali seorang yang garang dan tegas.
Mestilah aku ikut, kau ni pun satu Zam. Tak kan tak tahu aku mana pernah miss kalau ada program macam ni. Ini Loqman Hafiz la….”
“Yela..yela, aku tau la. Lagipun kau nak jumpa buah hati kan”.Azam bingkas bangun duduk bersama-sama Hafiz sambil menikmati minuman petang. Lega rasanya selepas sehari suntuk mengadap komputer.
“Aku tau kau syok kat.. apa nama? Harnida? Harmida?” Azam menyambung kata-kata bila dilihat Hafiz tidak memberi sebarang respon. Dahinya berkerut memikirkan nama yang sering disebut Hafiz kebelakangan ni.
“Maksud kau Harlida? Hafiz mencelah diiringi dengan gelak ketawa. Geli hatinya melihat telatah temannya itu. Azam memang seorang rakan yang baik. Hubungan mereka sudah seperti adik beradik. Mereka berkawan dari sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Sekarang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi mereka akan meninggalkan Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas (MAAS), sekolah yang hampir lima tahun mereka menimba ilmu. Terlalu banyak kenangan mereka di sini. Hafiz masih ingat, beberapa bulan yang lepas Azam sering tidak datang ke kelas. Bila ditanya dia selalu mengelak. Bukan niatnya untuk campur tangan hal-hal peribadi sahabatnya itu tapi sebagai kawan salahkah dia ingin tahu? Kalau perlu dia akan cuba untuk membantu sekadar yang termampu.







1 comments:
hasil karyaku.. sekadar mengisi masa lapang
Catat Ulasan